Thursday, 27 December 2012

Alhamdulillah. . Sayang Atok!

Assalamualaikum dan hai semua. .
Alhamdulillah, saya dah sampai di UPM. .
^__^
Jadi sekarang, saya nak cerita kisah perjalanan menuju ke UPM. .
Cewahh ! !
Macam lah baru pertama kali datang kan?
Hihi. . ~
Tapi, apa yang bakal saya ceritakan sebentar nanti sememangnya pengalaman pertama buat saya. .
Bas kalau mengikut jadual dala tiket sepatutnya bertolak jam 11.30 . .
Ayah tiada di rumah, begitu juga angah. .
Ibu pun buntu mencari jalan macam mana nak menghantar saya ke stesen bas. .
Sejujurnya, ibu saya tidak mempunyai lesen kenderaan. .
Kebetulan, semalam saya ke rumah atok untuk menghantar pengat durian yang ibu buat. .
Sambil-sambil tu, ibu tanya atok, boleh tak tolong hantarkan saya. .
Atok setuju. .
Sepanjang perjalanan saya terfikir macam mana lah kalau atok yang hantar nanti. .
Haha!
Pagi tadi, kira-kira jam 8 pagi atok sudah sampai di rumah. .
Ketika itu saya masih lena di atas katil yang empuk. .
"Awalnya. . " kata hati saya. .
Tak lama kemudian, kedengaran enjin motor atok melangkah keluar dari perkarangan rumah. .
Tak lama selepas itu baru saya bingkas bangun. .
Adik-adik sibuk bercerita pada saya mengatakan atok kelihatan lain, amat segak. .
Dalam hati, "berianya atok ni. Sayang cucu terlebih ni. ."
Saya senang mendengar perkhabaran berita itu. .
Seperti yang dijanjikan, atok datang tepat jam 10. .
Saya masih terkial-kial nak mengenakan tudung. .
Waktu tu, hujan renyai-renyai membasahi bumi Kluang. .
Atok ku lihat risah dan sedikit resah. .
Hanya menaiki Honda Ex5 lama kepunyaan atok, kami berangkat ke stesen bas. .
Perjalanan yang selalunya memakan masa hanya 10minit atok jadikan 30 minit. .
Biarlah. . . .
Tak lama selepas itu, kami tiba di satu persimpangan jalan. .
Seingat saya, di situ lah tempat berlakunya kemalangan atok dengan nenek dulu. .
"Apa yang atok fikirkan saat berada di situ?" "Atok terkenangkan nenek ke?"
Saya harap atok bersabar. .
Sejujurnya saya tak begitu rapat dengan atok. .
Tapi sejak pemergian nenek, ayah desak agar saya sentiasa menjenguk atok setiap kali pulang. .
Saya faham perasaan ayah. .
Dia tak mahu hal yang sama berulang kembali. .
Bahkan, saya juga takkan membiarkannya berulang. .
Atok! Along sayang atok. .
Atok saya panggil saya Kalong, saya pun tak tahu kenapa. .
Hihi. .
Habis cerita pasal atok, sambung pasal dalam bas pulak. .
Boleh saya katakan, pemandu ni sangat tak mesra. .
>__<"
Tak suka lah macam ni. .
Dia bawak anak-anak dia dan kebetulan saya duduk kat belakang tempat duduk anak-anak dia. .
Terseksa jiwa raga batin semua! !
Tengok ni!

Nampak tak betapa dekatnya kerusi tu dengan tempat saya ?
Mak dia ada je kat situ, tapi biar kan je. .
Haih, mana hilangnya sifat toleransi mak cik oi. . ?
Memang tak sabar sangat nak keluar dari bas tu. .
Saya memang suka budak-budak, tapi bukan yang jenis macam ini. .
Maafkan saya. .
Rasanya sampai sini dulu. .
Rasa nak belajar dah datang. .
HAHA !
Wassalam. .~

*di stesen bas*

*sampai di bilik*

2 comments: