Hai dan assalamualaikum semua. Heuh! Lama dah tak update entri kat blog ni kan ? Perasan tak cara penulisan saya dah berubah ? This is because, saya nak biar dia nampak macam lebih teratur mungkin. Tapi kalau korang ada pendapat lain, bagitahu kay ? Nampak tajuk kat atas tu ? "Saya Minta Maaf" Haaa! Saspen tak baca tajuk tu ? Hihi. :D
Okay, pertama sekali, saya nak minta maaf kat blog saya yang tercinta ni sebab dah lama gila tinggal dia kesepian tanpa jengukan dan hidangan cerita yang menarik. Hal ini kerana, (Cewah! Macam buat karangan) saya tersangat sibuk pada semester ini. Lebih-lebih lagi bulan ini. Tak tahu lah kenapa saya boleh terlibat dengan banyak sangat program sem ni, especially this month. Mungkin kerana sikap saya yang ingin mencuba semua benda dan melebarkan bakat saya. Ecehh!
Dan hal kedua, nak minta maaf kat diri sendiri. Seriously, kadang-kadang saya rasa macam orang yang dah tak terjaga gila! Diri ni tak dapat cukup rehat pun walaupun kelas hanya tiga hari seminggu. HAHA! Okay, please jangan jealous bab kelas tu okay ? :P
Okay done about maaf ni. Now back to my life and the story of it. :) Ecehhh, macam best sangat je kan ? HAHA! Okay, tak peduli. Untuk sem ni, benda pertama yang menyebabkan saya sangat sibuk ialah FESTIK which stand for Festival Teater Inter Kolej. Saya lebih senang meletakkan diri saya sebagai pelakon extra dalam teater ini kerana saya SEDAR DIRI. Satu ilmu yang saya dapat, nak jadi pelakon teater kena sedar diri, dan saya aware akan hal itu. :) Saya percaya, bermula dari bawah bukan satu masalah. Inilah masanya untuk saya merebut peluang menimba pengalaman kan ? Biarlah extra sekalipun. Dapat berdiri dan berlakon di atas pentas serta mempersembahkan lakonan saya kepada audiens dah cukup baik bagi saya. Seriously, saya tak pernah sangka saya akan go on with teater ni. Rasa dah macam soul saya pulak. :) Jadi, wish me luck untuk persembahan saya yang ini ? Nak datang saksikan pun boleh. Bertarikh 18 April 2013, jam 8.30 malam bertempat di Auditorium Kejuruteraan UPM. Datanglah kalau sudi. Hihiks! :D
Akan ada satu hal lagi yang bakal menyibukkan diri saya selepas pementasan FESTIK ini, dan hal itu saya tak nak announce dulu apa sebelum saya pasti siapa saya dalam perkara itu. Haaaa! Saspen tak ? Macam yek-yek je kan ? :P Tapi saya sangat berharap yang walau apa pun yang saya buat, saya masih berada di landasan yang betul. Saya dah nampak contoh yang tak baik dan saya juga dah nampak contoh yang baik. Insya-Allah, saya akan sentiasa mengikuti contoh yang baik. Kawan-kawan, sama-sama bimbing saya dan ingatkan saya, okay ? :)
Okay! Sebelum saya lupa, saya ada join satu bengkel berkenaan teater ni. Semalam dengan harini, which is tadi lah kan ? Bengkel tu sangat best and superb okay! Saya rasa bersyukur sangat sebab dapat jumpa sendiri orang yang bergiat dalam teater dan dapat tunjuk ajar dari diorang. Ilmu tu rasa sangat bermakna!
Rasanya dah tak ada apa lagi yang saya nak cakapkan selain merisaukan pelbagai test yang akan dihadapi pada minggu keenam nanti. Esok walaupun tak ada banyak kelas, ada banyak benda yang saya kena buat. Tak suntik HPV lagi. T_T Maybe akan pergi esok untuk dos terakhir bagi suntikan HPV ni. :D Okay, that's all I guess. Saya nak makan kuey teow goreng ladna ni. Jemput ? :) Wassalam. ~^^
No comments:
Post a Comment