Tuesday, 1 July 2014

Kepala Hitam Putih


          Assalamualaikum dan hai semua. Haaa, sejak 2 3 hari ni, rajin pula Ain update blog kan? Al maklumlah, tengah cuti katanya, kerja pun tak dapat lagi. Hee. Kalau tengok tajuk kat atas tu, mungkin ada yang ingat Ain nak cerita pasal kepala orang warna hitam putih, tapi tak ye pembaca semua. Sebenarnya Ain nak cerita pasal whitehead dan blackhead. Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu. Meh Ain terangkan.

         Sebelum ni, Ain pun tak tahu apa kebenda whitehead dan blackhead tu. Dok dengar orang cakap je. Perasan muka sendiri tak ada masalah tu sebab tak ada jerawat semua. Tapi rupa-rupanya Ain silap. Kekadang, orang yang muka dia bersih pun ada. Yang jelas kelihatan, selalunya blackhead pada mereka berkulit cerah dan whitehead pada mereka yang berkulit agak gelap, macam Ain. Heee



          Okay, kat atas ni adalah antara contoh blackhead dan whitehead. Yang di kiri anda tu blackhead dan di kanan anda adalah whitehead. Macam yang dapat dilihat, benda ni tak begitu ketara, lagi-lagi whitehead. Macam Ain, whitehead ain tak begitu ketara, tak boleh lah nak jadikan contoh sangat pun. Hee.

         Sebenarnya, post kali ni Ain nak kongsikan tips macam mana nak hilangkan whitehead ni dengan mudah, murah dan tanpa rasa sakit. Mungkin ada yang dah tahu, tapi Ain masih lagi nak kongsikan apa yang Ain tahu. Bahan-bahan yang kita berlukan hanyalah sebiji telur dan beberapa helai tisu. :)

Cara - Caranya:

1. Basuh muka dahulu agar kulit lebih bersih dari kotoran.
    *p/s: gunakan tisu instead of towel untuk mengelap. Lebih bersih. :)*

2. Pecahkan telur dan asingkan putih telur dan kuning telurnya.
    *p/s: ambil sikit je putih telur untuk elakkan pembaziran. Yang lainnya boleh goreng. :)*

3. Sapukan di bahagian yang ketara dahulu dan kemudian di seluruh muka.
    *p/s: Elakkan sapu di bahagian kening ya? Takut menjerit masa nak tanggalkan nanti.

4. Letakkan tisu di tempat yang disapukan putih telur.
    *p/s: bahagikan tisu kepada bahagian paling nipis. Akan memudahkan proses lekat dan tanggal.*

5. Kemudian, sapukan semula putih telur di atas lapisan tisu.
   *p/s: bertujuan memberi lebih kelekatan pada tisu di muka.

6. Tunggu 15 minit, tanggalkan perlahan-lahan dan cuci muka. Dah siap!
   *p/s: kalaudiperhatikan di tisu yang ditanggalkan, akan terlihatlah whitehead yang dikeluarkan.*


         Atas ni adalah hasil daripada percubaan pertama Ain yang baru dibuat sebentar tadi. Walaupun rupanya tak semenggah, tapi boleh lah. Heeee. Adik jadi mangsa sebab ada lebihan putih telur. :)


         Dan yang ini pula adalah hasilnya selepas 15 minit. Kulit muka rasa lebih licin dan whitehead Ain pun dah hilang. Memula macam tak percaya, tapi bila dah picit-picit kat hidung tu dan tak ada benda putih yang selalu keluar, maka Ain isytiharkannya sebagai BERJAYA!

         Dengan 6 cara mudah dan kos yang rendah, whitehead dan blackhead dapat dihilangkan begitu sahaja. Nak kesan yang lebih mantop, buat setiap malam okay? SELAMAT MENCUBA! Assalamualaikum. :)

P/s: Selamat datang bulan Julai. ~^^

1 comment: