Tuesday, 6 November 2012

T_T ------> ^__^

Hai dan assalamualaikum semua. .
Selamat petang and good evening. .
Haa !
Agak-agak boleh teka tak post ni pasal apa dari simbol yang saya letak kat tajuk tu. .?
Pandai !
Sedih ke suka. . ~^^
HAHA !
Sedar tak sedar, sekarang dah pun bulan November, bermakna tak lama lagi kita akan mengakhiri tahun 2012. .
Haa, jangan ingat kalendar omputih je, kalendar Islam pulak, kita dah nak masuk bulan Muharam. .
Kalau ada umur panjang, insya-allah hidup lagi time tu. .
Bulan ni baru je masuk awal bulan, tapi dah macam-macam yang berlaku kat saya. .
Ujian dan dugaan ni kekadang terasa sangat berat sampai nak putus asa.
Tapi bila ingat semula janji Allah bahawa DIA tidak akan menguji hambaNya dengan lebih dari kemampuan, saya terus bersabar.
Honestly, dah rasa stress dari dulu disebabkan satu subjek ni.
BAKTI SISWA ! ! ! !
Ini ialah subjek koko yang wajib diambil. .
Tapi masalahnya, saya tak pernah pergi kelas ni!
Haa, jangan nak tuduh macam-macam sebelum tahu cerita ok?
Sebab saya tak pernah nak menghadirkan diri ke kelas ni ialah, saya tak tahu kelas ni kat mana !
First and second week tak datang sebab busy dengan aktiviti kolej..
Third week datang tapi ada sorang je yang datang sekali dengan saya.
Dia pun tak tau kelas kat mana.
Minggu seterusnya saya datang tempat yang sama sampai minggu keenam dan hasilnya sama.
Dah tanya ramai orang tapi tak berbalas sampai lah suatu hari tu soalan saya terjawab.
Ada orang bagi kalendar akademik koko baru.
Rupanya dah berpindah tempat dan waktu turut bertukar.
So, Sabtu yang lepas dengan semangatnya saya datang ke tempat yang diberitahu.
Tapi, hasilnya sama ! ! !
Ramai orang menjadi mangsa tanya saya tapi satu pun kata tak pernah dengar nama tempat tu. .
Berhantu ke weh ? ?
=__=
Disebabkan pelbagai masalah yang dihadapi hanya kerana subjek koko ni, saya bercadang nak drop subjek ni sebab takut CGPA nanti down.
Jadi semalam, saya telah pergi ke pejabat pentadbiran untuk menggugurkan kursus ni ditemani oleh seorang kawan saya.
Hujan lebat kami redah, pelbagai bangunan kami lalui, bertukar bas, berhujan, basah baju semua. .
Sampai ke destinasi yang sebenar pergilah ke kaunter dan bertanya, "Kalau saya nak drop course kat mana ya?" dan dengan selambanya abang kat kaunter tu menjawab, "Huh? Dah tamat tempoh, tak boleh drop."
MAK! ! ! ! ! ! ! ! ! !
I was like want to scream and cry at that place after he said so !
Plus I felt guilty after troubled my friend so much !
Pity her. .
T__T
Dengan segala kerunsingan saya membawa diri ke kelas pengenalan bakat kreatif . .
Dah sampai kat kelas tu, saya terfikir nak call lecturer untuk koko.
So, lepas tugasan pantas yang diberikan oleh pensyarah bakat kreatif dihantar, saya pun keluar nak call lecturer bakti siswa.
Dengan segala debaran saya pun call.
Alhamdulillah, suara dia lembut je, dan saya pun boleh agak dia baik sebab dia tak marah saya, just terkejut kenapa tak datang kelas dia.
Lepas cerita masalah yang berlaku siap penerangan, lastly dia suruh hantar mesej kat dia bagi nama.
Fuhh ! Lega. . ~^^
Masuk semula kelas, tunggu keputusan diumumkan.
Hanya tiga je yang berjaya daripada ramai-ramai orang dalam kelas tu. .
Dalam hati berharaplah jugak nak menang, tapi tahu saya tak sehebat yang lain. .
Cerita pertama dibacakan dan ceriti dia memang, fuhh ! sangat best .
Dah macam penulis betul. .
Memang macam dah tak ada harapan lah kan. .
Cerita kedua pulak terpilih sebab kelakar. .
HAHA !
Memang lawak gila cerita tu. .
Sebenarnya kami di suruh buat cerita berdasarkan 10 perkataan ni. .
Awan, Ombak, Nasi Kerabu, Laksa, Coklat, Siti Nur Haliza, Bola Jaring, mini cooper, sombong dan Sabah.
Haa, buatlah cerita yang baik dalam masa lebih kurang 15 minit dari sepuluh perkataan ni.
Saya teringin nak post cerita yang saya buat tu kat sini tapi dah hantar pulak.
Saya pun lupa cerita yang saya buat tu.
Hehe. .
Dan sampai penulis ketiga.
Cerita saya dibacakan ! ! !
Malu tambah happy ! ! !
Tak sangka saya pun berbakat sebenarnya. .
Hihi !
Inilah hadiahnya !
Novel karangan pensyarah saya sendiri. . ~^^

Okay, sangat terharu dapat buku ni. .
Sesungguhnya saya gembira dan bersyukur sebab lecturer saya semuanya baik-baik belaka. .
Dan aktiviti saya dalam bulan November ini ialah proses menghasilkan abs di perut !
Sounds crazy, but yeah, that's what I'm doing. .
Sit up is a must every night before I go to bed.
^__^
Harap berjaya. .
Okay, sampai sini je dulu kot. .
Nanti jumpa lagi. .
Wassalam. . ~

No comments:

Post a Comment