Wednesday 12 March 2014

DJ Ain~ ! !

        Hai dan assalamualaikum. Huwaaaaaaa! Lamanya ain tak update blog kesayangan cinta hati intan payun mucuk-mucuk ain ni! Haa, panjang tak panjang lah kan muqaddimahnya. Rasanya, inilah post pertama untuk tahun 2014. Dah masuk bulan Mac dah pun. Maaf lah, bukan apa, sibuknya satu hal, penat dan terkadang kerana tiada bekalan internet. Aicehh!

           Nampak tak tajuk blog Ain kali ni. Tajuk pun dengan nama sendiri beserta title sebagai DJ dekat depan. Sebab Ain boleh katakan bahawa hari ini merupakan antara hari yang buat Ain rasa gembira! :D Nak tahu sebabnya tak? Sebabnya tadi Ain dah buat satu lagi "first time moment" untuk ditambahkan dalam sejarah hidup. Gittew. Tadi pertama kalinya Ain interview artis dekat dalam konti. Dengan tak ada persiapan apa-apa pun, berserah dan tawakal je. Alhamdulillah, dapat band members yang sporting, gila-gila macam tu. Tak kekok langsung bila dengan diorang. Mereka ialah Breakfast Band! Mungkin ramai yang tak kenal mereka, tapi mereka sebenarnya dah ada lama dalam dunia hiburan ni, sejak 2009 lagi. Ain cadangkan anda check out lagu-lagu diorang seperti "Bagai Putri" dan "Ku Mohon". Bila dapat dengar dan tengok diorang perform live depan Ain dengan penuh penghayatan, Ain rasa tersentuh sangat hati ni. Ni antara gambar Ain dengan diorang masa dalam konti.

*ala-ala candid gittew. Tapi memang candid XD*
       
           Sedikit lagi yang Ain boleh cerita pasal diorang ni, setiap seorang dari mereka sangat berbakat. Vokalisnya, AG boleh menyanyi dalam bahasa Tamil. Kagum. Seperti Naz (Gitar), Wal (Gitar) dan Ary a.k.a Baby G (bass), mereka boleh bermain gamelan, cak lempong dan juga tarian tradisional. Sebenarnya anak tempatan ada banyak je bakat yang mungkin kita sebagai penonton tak tahu kerana kurangnya pendedahan dari segi publisiti. Ain berharap moga mereka boleh membawa nama Malaysia di sebalik nama Breakfast Band ke tahap yang lebih tinggi lagi. Semoga berjaya Breakfast Band!

            Baiklah, kali ni Ain nak berinjak ke belakang sedikit. Bagi sesiapa yang mengitu blog Ain ni, akan tahu lah bahawa post terakhir Ain berkaitan persembahan teater muzikal Beauty and the Beast tu kan. Baru-baru ni *mungkin tak baru sangat* Ain dikejutkan dengan berita bahawa Ain masuk paper. Taknak ngomel panjang, tengok ni!


          Bagi yang tak dapat cam mana satu Ain, Ain yang blonde tu okay. Dengan skirt kuningnya gittew. Dan lebih memeranjatkan, Ain sebenarnya turut ada pada cover page. Entah kenapa gambar Ain lebih banyak daripada gambar barisan pelakon utama. :D Apa-apa pun, Ain juga sangat gembira dengan berita ini. Weeeheee~ XD

           Sebelum bergerak ke perenggan penutup, Ain nak kongsi sedikit akan apa yang bakal Ain lalui untuk sem ini. *tarik nafas panjang* *lepas* Ok, basically, semester ni akan menjadi sangat tough untuk Ain dan rakan-rakan seangkatan kerana sekurang-kurangnya 4 subjek core dimuatkan sekaligus dalam sem kali ni. Tak tahulah kalau-kalau penyelaras kami ada harapan tinggi dekat budak broadcast ataupun dia geram dengan budak broadcast. HAHA. Taknak ulas lebih lanjut sebab takut amarah mengawal diri. Sem ni, secara kasarnya sahaja jam kredit 18, tetapi secara halusnya, lebih kurang 20++ juga masa yang harus dikorbankan di fakulti. Belum cerita yang di luar. Walaubagaimanapun, Ain rasa sem ni akan menjadi sem yang menarik+stress tahap bapak! HAHA! Harap tak stress sampai tahap kena masuk wad lah kan? Heee~ 

        Penutupnya, Ain berharap Allah akan permudahkan jalan Ain ni sekiranya inilah takdirnya untuk Ain. Tak lupa, Ain nak seru bagi sesiapa yang membaca blog Ain ni agar tak lupa untuk terus mendoakan kesejahteraan mangsa MH370. Jangan sengaja hangatkan keadaan dengan spekulasi sendiri walau sebetul mana anda rasa teori anda tu. Nak suarakan boleh, tapi seeloknya bukan di laman sosial. Nampaknya, sampai di sini dahulu post Ain untuk kali ni. Jumpa lagi nanti ya? Wassalam~

No comments:

Post a Comment