Tuesday 22 October 2013

Melalui, Menjalani dan, Mengatasi.


          Assalamualaikum dan hai semua. Jumpa lagi kita di tempat yang sama bersama topik yang berbeza. Topik harini macam emo sikit. Melalui, menjalani dan mengatasi. Perkara yang ada dalam kehidupan seharian kita tapi mungkin kita tidak sedar akan kehadirannya. Apa yang kita lalui, jalani dan atasi? Banyak yang kita lalui dan jalani, tapi adakah kita juga mengatasinya? Mari kita telusuri satu persatu.

          Dosa. Seharian kita melaluinya bahkan menjalaninya, tapi adakah kita mengatasinya. Saya manusia lemah. Saya melalui dan menjalani dosa pada suatu ketika hingga ia membuatkan saya terlena dari ganjaran pahala yang ada. Dek terbuai oleh "nikmatnya" dosa itu, saya terlupa mengatasinya. Tapi bersyukurlah saya kerana masih bernafas. Masih diberikan ruang dan peluang untuk mengatasinya. Tidak akan pernah terlambat bagi seseorang itu untuk mengatasi dosanya selagi dia masih hidup. Sesungguhnya janji-janji Allah itu pasti. Saya manusia lalai. Saya hamba yang hina. Seorang manusia yang terkadang menghambakan nafsu dan keduniaan lebih dari yang sewajarnya. Saat ini, langkah kecil telapak kakiku mahu mencuba untuk mengatasi dosa yang pernah dilakukan. Marilah kita bersama-sama mengatasinya. Sesungguhnya mati itu pasti. Dan tiada apa yang lebih pasti dari janji Allah kepada hambaNya. Saya yakin itu.

          Masalah. Perkara yang juga tak mungkin tak dialami oleh sesiapa. Semua orang punya masalah. Kita melalui masalah itu lalu terjebak dan terpaksa menjalani masalah itu. Tapi, bagaimana kita mengatasi masalah itu? Dengan melemparkan kemarahan kah? Dengan menulis kah? Atau dengan mencari jalan penyelesaian. Terlebih dahulu, kita harus rasional. Kerana tanpa rasionalisasi diri, tak mungkin masalah akan dapat diatasi. Lain orang lain caranya dalam mengatasi masalah. Tapi yakinlah, tiada masalah yang tiada jalan penyelesaian. Lalui, jalani serta atasilah masalah itu dengan penuh hemah. Sesungguhnya masalah boleh dijadikan panduan di hari mendatang, mempersiapkan diri agar lebih kental dalam menerima dan menempuh cabaran serta dugaan. Oleh itu, jangan pernah menyerah saat menjalani masalah, berusahalah sehingga ianya diatasi kerana yakinlah, semua orang bisa mengatasi masalah yang dihadapinya. Begitu juga saya, saya yakin masalah yang sedang dijalani ini boleh diatasi. Mungkin metodologi yang kita gunakan berbeza, tapi objektif kita sama; untuk menyelesaikan masalah. Saya mungkin menangis untuk membuat diri terasa lebih ringan sebelum saya bisa memikirkan jalan keluar. Kita berbeza, tapi sama.

          Pembohongan. Kita melalui pembohongan yang dilakukan orang sekeliling, menjalani pembohongan apabila menipu orang sekeliling dan mengatasi pembohongan apabila berkata akan kebenaran. Ada yang menipu demi kebaikan, ada yang berbohong demi menutup aib, ada yang berdusta kerana takut malu dan menipu kerana menjaga rahsia. Tapi harus sampai bila? Justeru ubat yang pahit yang menyembuhkan. Berkatalah benar walau ianya menyakitkan, kerana sekurang-kurangnya kita sakit ditimpa kebenaran bukan bahagia disuap pembohongan. Tak mudah untuk berkata benar, tapi cubalah selagi terdaya. Atasi pembohongan ini. Atasinya. Kita boleh.

          Datangnya idea ini akibat tekanan yang dirasakan lantasan terlalu banyak tanggungjawab yang dilemparkan atas bahu kecil ini. Saya cuba mengimbangi diri, tetapi kadang tersadung saat mencuba berdiri. Saya tahu saya tidak bersendiri. Allah ada disisi. Doa ibu kuat mengiringi. Semangat dihati yang tak akan pernah mati. Ya Allah, aku percaya ada sebab akan sesuatu keadaan yang aku lalui saat ini. Berikanlah aku ketabahan dalam melaluinya, berikan aku kesabaran dalam menjalaninya dan berikanlah aku kekuatan untuk mengatasinya. Sungguh, aku ini hambaMu yang hina. Wassalam.

Sunday 6 October 2013

Mohon?


          Hai dan assalamualaikum. Acah-acah berjumpa lagi. hikhok. Okay, mohon? Dapat tajuk ni sebab akhir-akhir ni tweet mohon clash trending dekat twitter. Kalau yang ada akaun twitter, pasti sedia maklum akan hal ini kan? Kalau tak, anda noob. Setelah memerhati, sambil bergelak ketawa dan menginsafi diri, betul apa yag admin twitter account tu tweetkan. Sesungguhnya tak ada apa yang boleh menghalalkan yang haram. Couple tu memang haram. Walau macam mana jaga sekalipun, tetap haram. Oleh itu, diri ini pun telah mencuba untuk menjauhkan diri dari segala aktiviti yang melibatkan couple ni. Kawan-kawan dulu takpe. Kalau betul dah suka sangat, nikah je lah kan? Harap iman diperkuatkan untuk meneruskan hasrat. Jadi, MOHON jaga hati dan jaga iman ini wahai diri dan rakan-rakan.

          Baru sahaja terjadi satu kes yang berkaitan dengan pengawal keselamatan berdekatan kolej saya ni ha. Mula-mula dengar orang jerit-jerit, ingatkan tiada apa-apa. Tapi sebenarnya seorang ayah sedang bergaduh dengan seorang pengawal keselamatan. Kes utama yang dapat dikenalpasti ialah, si Ayah ini membawa masuk kenderaan, iaitu kereta, dengan tujuan untuk membantu anak dia yang OKU. Tapi konflik menjadi semakin rumit apabila si pengawal keselamatan ini menggunakan kata-kata kesat terhadap pakcik itu. Di manakah etika dan moral profesional dia sebagai seorang pengawal sewaktu menjalankan tugas? MOHON kaji balik diri encik. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Kata-kata kesat dan menambah lagi api kemarahan tak akan dapat menyelesaikannya. MOHON bertimbang rasa. Memerhatikan segala apa yang berlaku di Malaysia baru-baru ini membuatkan saya malu untuk mengaku bahawa Malaysia terkenal dengan budi pekerti yang tinggi. MOHON cermin diri.

          Nak cerita sedikit pasal semalam. Ada hari keluarga untuk kolej kami semalam. Tapi harapan punah apabila ianya tak semeriah semester lepas. MAkin lemau junior-junior nya. Hew hew. Dan mungkin seniornya juga. Tak tahu lah. Taknak cakap banyak, nak post gambar sikit.~^^






Wednesday 2 October 2013

UPM Si Kampus Hijau


           Hai dan assalamualaikum. Hai Oktober. Bulan baru dengan harapan dan semangat yang diperbaharui. :) Usai sudah satu muka surat kerja potong dan tampal karakter mandarin. Yang lain akan disambung di lain hari mungkin. :D Jadi, UPM dan Kampus Hijau bukan lagi sesuatu yang asing jika digandingkan bersama. Kenapa boleh dapat idea ni? Haaa, ada ceritanya.

           Sedang saya duduk di dalam bas menuju ke kolej kediaman, pandangan dilemparkan ke luar tingkap bas. Dan apa yang dapat saya lihat ialah sepasang kawan sedang berbasikal bersama. Seronoknya! Detik hati saya. Sejujurnya, saya sedikit cemburu dengan pelajar-pelajar tahun pertama sesi kali ini. Kerana sekurang-kurangnya mereka ada alasan yang kukuh untuk membawa basikal ke sini. Cuba sahaja kalau dah dilancarkan masa mula-mula sesi kemasukan yang lepas. Hew~ Sekurang-kurangnya boleh bodek ayah untuk dibelikan basikal. Hehe. 

          Cemburunya saya di sini dari segi pengalaman yang dapat dicipta. Jika nak dibandingkan naik basikal dengan bas, tentunya dapat lebih pengalaman bersama basikal. Tak dinafikan bas tu lebih selesa,tapi apalah sangat erti keselesaan yang sebegitu dalam waktu belajar ni. Dah kerja nanti, belum tentu dapat kayuh basikal ke tempat kerja. Lagi-lagi kalau kerja di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. 

          Pernah timbul satu ketika di mana hati teringin sangat nak bawa motor(sebab tak pandai bawa kereta) ke UPM ni. Nak tahu sebab apa?Mana tak nya naik angin kalau turun seawal jam 7.30 pagi tapi 8 bas berlalu pergi begitu sahaja akibat bilangan pelajar yang terlalu ramai DAN sistem pengangkutan yang tak efisien. Tapi bila difikirkan semula, apalah sangat kesusahan sebegini. Ini ialah sebahagian daripada pengalaman sewaktu belajar! Mana lagi nak dapat pengalaman macam ni kalau bukan waktu belajar ni, betul tak? Ya, mungkin ada yang tidak setuju tapi inilah pandangan saya.

          Mungkin, suatu saat nanti akan saya beli sebuah basikal untuk digunakan sepanjang pengajian di UPM ni. UPM yang tercinta lah katakan. Tapi, masih tak boleh kalahkan rasa cinta ni kat UiTM Shah Alam. Heee~ Bayangkan saya dan rakan-rakan ada basikal. Tak ke elok kalau petang-petang tu kami dapat beriadah bersama. Paling tak pun berbasikal ke Bukit Ekspo. Selain menyihatkan, saya yakin akan banyak kenangan yang boleh tercipta. Barulah berasam garam sikit memori sewaktu di UPM ni kan? Ni tak, habis kelas, balik bilik, tidur lepas tu buat tugasan. Sangat tak ada 'hidup'. Tapi, itulah saya setakat ni. Raket yang dibawa pun masih tak digunakan. Sebabnya, kawan-kawan yang lain bila diajak, ada sahaja rintangannya. Nak buat macam mana, jadual kuliah kami berbeza. Nasib badan. Hew hew~ 

          Disebabkan komitmen terhadap kerja bersama jam kuliah yang lebih 20 kredit sem ni, rasa hidup ni sibuk sangat! Sampai tak ada masa nak buat kerja-kerja lain selain yang wajib-wajib ni je. Beriadah semua habis ditinggal dalam kotak makanan. Eh? Tapi, saya memang suka hidup yang sibuk. Sebab, ia membuatkan saya tiada masa untuk berfikir akan hal-hal yang remeh. Tambahan pula dengan status 'single' ni, tak ada lah kena fikir nak kena jaga hati pakwe kan? Wakaka! Ok, jahat. Haha. :P

          Ok, satu hal yang saya nak kongsikan bersama sebelum saya mengakhiri entri kali ni, saya diterima untuk menjadi sebahagian daripada pelakon untuk teater muzikal Beauty and the Beast. Nak yeay ke? Tak perlu kot. Saya yakin saya hanya akan memegang watak sampingan, sebab, masa ujibakat haritu pun saya tak minta untuk melakonkan mana-mana watak secara spesifik. Tapi, saya tetap terima tawaran ni kerana sememangnya saya dah jatuh cinta dengan teater. Rasa macam rugi pula kalau tak libatkan diri. Tak kisahlah watak apapun yang akan diberikan nanti, saya menyifatkannya sebagai satu pengalaman. :) Tak rugi kan timba pengalaman? Hee~ Jadi, sampai di sini sahaja dululah entri saya kali ini. Jam pun dah menunjukkan pukul 2.17 pagi. Marilah kita beradu. Wassalam~ =)