Wednesday 2 October 2013

UPM Si Kampus Hijau


           Hai dan assalamualaikum. Hai Oktober. Bulan baru dengan harapan dan semangat yang diperbaharui. :) Usai sudah satu muka surat kerja potong dan tampal karakter mandarin. Yang lain akan disambung di lain hari mungkin. :D Jadi, UPM dan Kampus Hijau bukan lagi sesuatu yang asing jika digandingkan bersama. Kenapa boleh dapat idea ni? Haaa, ada ceritanya.

           Sedang saya duduk di dalam bas menuju ke kolej kediaman, pandangan dilemparkan ke luar tingkap bas. Dan apa yang dapat saya lihat ialah sepasang kawan sedang berbasikal bersama. Seronoknya! Detik hati saya. Sejujurnya, saya sedikit cemburu dengan pelajar-pelajar tahun pertama sesi kali ini. Kerana sekurang-kurangnya mereka ada alasan yang kukuh untuk membawa basikal ke sini. Cuba sahaja kalau dah dilancarkan masa mula-mula sesi kemasukan yang lepas. Hew~ Sekurang-kurangnya boleh bodek ayah untuk dibelikan basikal. Hehe. 

          Cemburunya saya di sini dari segi pengalaman yang dapat dicipta. Jika nak dibandingkan naik basikal dengan bas, tentunya dapat lebih pengalaman bersama basikal. Tak dinafikan bas tu lebih selesa,tapi apalah sangat erti keselesaan yang sebegitu dalam waktu belajar ni. Dah kerja nanti, belum tentu dapat kayuh basikal ke tempat kerja. Lagi-lagi kalau kerja di bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru. 

          Pernah timbul satu ketika di mana hati teringin sangat nak bawa motor(sebab tak pandai bawa kereta) ke UPM ni. Nak tahu sebab apa?Mana tak nya naik angin kalau turun seawal jam 7.30 pagi tapi 8 bas berlalu pergi begitu sahaja akibat bilangan pelajar yang terlalu ramai DAN sistem pengangkutan yang tak efisien. Tapi bila difikirkan semula, apalah sangat kesusahan sebegini. Ini ialah sebahagian daripada pengalaman sewaktu belajar! Mana lagi nak dapat pengalaman macam ni kalau bukan waktu belajar ni, betul tak? Ya, mungkin ada yang tidak setuju tapi inilah pandangan saya.

          Mungkin, suatu saat nanti akan saya beli sebuah basikal untuk digunakan sepanjang pengajian di UPM ni. UPM yang tercinta lah katakan. Tapi, masih tak boleh kalahkan rasa cinta ni kat UiTM Shah Alam. Heee~ Bayangkan saya dan rakan-rakan ada basikal. Tak ke elok kalau petang-petang tu kami dapat beriadah bersama. Paling tak pun berbasikal ke Bukit Ekspo. Selain menyihatkan, saya yakin akan banyak kenangan yang boleh tercipta. Barulah berasam garam sikit memori sewaktu di UPM ni kan? Ni tak, habis kelas, balik bilik, tidur lepas tu buat tugasan. Sangat tak ada 'hidup'. Tapi, itulah saya setakat ni. Raket yang dibawa pun masih tak digunakan. Sebabnya, kawan-kawan yang lain bila diajak, ada sahaja rintangannya. Nak buat macam mana, jadual kuliah kami berbeza. Nasib badan. Hew hew~ 

          Disebabkan komitmen terhadap kerja bersama jam kuliah yang lebih 20 kredit sem ni, rasa hidup ni sibuk sangat! Sampai tak ada masa nak buat kerja-kerja lain selain yang wajib-wajib ni je. Beriadah semua habis ditinggal dalam kotak makanan. Eh? Tapi, saya memang suka hidup yang sibuk. Sebab, ia membuatkan saya tiada masa untuk berfikir akan hal-hal yang remeh. Tambahan pula dengan status 'single' ni, tak ada lah kena fikir nak kena jaga hati pakwe kan? Wakaka! Ok, jahat. Haha. :P

          Ok, satu hal yang saya nak kongsikan bersama sebelum saya mengakhiri entri kali ni, saya diterima untuk menjadi sebahagian daripada pelakon untuk teater muzikal Beauty and the Beast. Nak yeay ke? Tak perlu kot. Saya yakin saya hanya akan memegang watak sampingan, sebab, masa ujibakat haritu pun saya tak minta untuk melakonkan mana-mana watak secara spesifik. Tapi, saya tetap terima tawaran ni kerana sememangnya saya dah jatuh cinta dengan teater. Rasa macam rugi pula kalau tak libatkan diri. Tak kisahlah watak apapun yang akan diberikan nanti, saya menyifatkannya sebagai satu pengalaman. :) Tak rugi kan timba pengalaman? Hee~ Jadi, sampai di sini sahaja dululah entri saya kali ini. Jam pun dah menunjukkan pukul 2.17 pagi. Marilah kita beradu. Wassalam~ =)

No comments:

Post a Comment