Thursday 19 May 2011

meniti hari ke alam dewasa.......

Huhu....
Sedar tak sedar tinggal lagi 2 hari je sebelum aku menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam....
Dan itu juga membawa erti bahawa hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum aku berpisah dengan keluarga aku...
Sedihnya bila terfikir bahawa aku akan berpisah dengan keluarga aku buat suatu tempoh yang agak lama...
Zaman remaja aku hampir berakhir rupanya..
Kini,aku harus mulai berdiri di atas kaki sendiri..
Segala keputusan kini terletak dalam tangan aku saat aku di sana nanti..
Tiada lagi ibu atau ayah aku yang selalunya membantu aku membuat keputusan seperti dahulu lagi...
Huwm,terasakan bahawa semua ini terlalu berat untukku...
Tapi akan ku anggap hal ini sebagai suatu cabaran buat diri ini...
Cabaran yang akan mematangkan serta mendewasakan aku...
Pengalaman yang akan mengajar aku erti kehidupan di dunia yang fana ni..
buat semua rakan-rakan ku yang akan turut sama menghadapi apa yang aku rasakan...
                           SEMOGA  BERJAYA!!!!! =)

No comments:

Post a Comment