Tuesday 25 June 2013

Keluarga + Saya = Kehidupan

         
         

          Hai dan assalamualaikum. Lama dah tak menjengah mahupun menulis kat blog ni. Jadi, sementara ada masa ni, saya nak update sikit. :) Keluarga dan saya ? Well, pada saya, ini lah dua perkara penting dalam kehidupan saya, literally lah. Tak sangka ada yang rajin cek dan tengok blog saya walaupun dia bukan follower saya. Saya hargai kunjungan anda. Tapi tu lah masalahnya, dia hanya tahu kisah saya berdasarkan apa yang saya post sahaja. My friend, tak semua benda saya kena tulis kat dalam ni. Jadi, terserah awak untuk menilai.

          Back to topic, keluarga. Sedang-sedang naik motor dengan ayah boleh terfikir dan tersenyum sendiri. "Alhamdulillah Ya Allah kerana berikan aku sebuah keluarga yang cukup sederhana. Aku tak tahu apa aku akan jadi kalau aku dimewahkan dengan harta benda." We should be grateful for what we have. Everything of it. Saya rasa, kalau saya ni dilahirkan dalam keluarga yang berada, mesti pemalas terlebih dan mungkin tak berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan apa yang saya nak. Setelah mengenali diri sendiri, saya bercakap atas dasar pengenalan diri saya. Kami diajar untuk berusaha dapatkan apa yang kami nak sendiri. In the end, family is the one who will help us out. So, saya bersyukur dengan siapa keluarga saya sekarang. :)

          Saya? Ada apa dengan saya? Ada banyak sangat yang terjadi. Let me give you a situation. What if ada seseorang ni tetiba datang dan minta duit kat you all cakap dia tengah memerlukannya? Dia minta no. fon you and kata nanti akan call you balik untuk pulangkan duit tu. Apa yang korang akan buat? Bagi pinjam duit tu kat dia or blah macam tu je? Ya, situasi ni memang kelihatan agak tak logik. Mungkin juga akan ada yang berprasangka bahawa dia tu penipu. Tapi cuba kita letakkan diri kita dalam tempat dia. Mesti korang akan paham perasaan tu. Perasaan memerlukan yang teramat sangat tapi tak ada siapa yang boleh menolong and end up terpaksa menebalkan muka untuk tegur orang secara random. Banyak kemungkinan yang akan timbul, saya tahu. Tapi, apa kata kita anggap ini sebagai satu ujian. Kalau dia bayar balik, alhamdulillah. Kalau tak, anggap je lah sedekah. Kan dah buat amal jariah tu. Dapat pahala, insya-Allah. But then! Kalau dia minta angka yang tak munasabah tu jangan la iakan kalau korang tak berkemampuan. Berpada-pada lah kata orang. . Sendiri mahu ingat okay?


         Ni gambar pagi tadi masa nak pergi interview untuk yayasan Sime Darby kat UPM. Dari Johor ke UPM dan pulang semula ke Johor. Penat tulang belakang kita. HAHA! Dah lah datang interview lambat, nasib baik masih sempat. Ramai orang yang memberi harapan, makin terbeban ha rasa bahu ni. Bukan apa, saya lagi rela kecewa sendiri daripada kecewakan orang lain jugak. Kalau boleh, memanglah nak dapat tajaan ni, tapi ada pros and cons juga. Hmmm, buatkan saya berfikir untuk beberapa ketika. Finally, come to this one decision. Kalau dapat, insya-Allah ini lah yang terbaik. Kalau tak dapat, Allah dah aturkan yang lebih baik. I'll believe it that way. :) Kalau orang yang betul kenal rapat dengan saya sepanjang saya di UPM, mereka akan tahu betapa sibuknya saya. Berkejar sana sini, tidur lewat, makan tak menentu, macam orang tak terurus pun ada dah. Tapi, saya suka macam tu. A busy life make me feel there's a life. :) Konklusinya, saya tak kisah jika terpaksa sibuk sepanjang sem pun. Cakap pasal sem, I just finish my first year guys. . ! ! Say hello to seniority, say hello to Second Year. :) 

         Now is the time. Akhirnya saya dah ada keberanian untuk menerusterangkan about my love life. It's over. Yes, O-V-E-R. He left me just like that, wouldn't pick up my call neither reply my messages. Pathetic isn't it? Saya tak tahu apa masalah dia atau apa yang dia tak puas hati, tapi tu lah yang terjadi. Bila ditanya pada abang dia, abang dia kata dia okay je. Baguslah, alhamdulillah dia okay je. Ingatkan dia sakit ke apa. Guys, listen to me. If you have problems, share it with your loved one, not running away from her. It's only hurting her. Up till now, saya telah ditinggalkan begitu sahaja selama lebih dua bulan. Sigh. Bodoh tak saya kalau saya masih mengharapkan dia? Ya, memang bodoh. Dah kena marah dengan kawan dah pun. Yang betul-betul tahu pasal ni pun roommate je. Mereka memang kawan terbaik. Walaupun sem depan kitorang dah berpecah, saya harap kitorang akan kekal in a good term. :') 

*Ain*Wana*Sibah*Sara*

         Rasanya ini je lah satu-satunya gambar yang menempatkan kami berempat secara serentak pada masa yang sama dalam gambar yang sama. Hew hew~ Dear roommates, saya tahu saya ni keras kepala sikit kadang-kadang, atau mungkin bersikap dingin. Tapi, sepanjang dua sem kita bersama, saya dah berubah. Kalau dulu mungkin saya tak boleh adapt lagi dengan sikap sesetengah orang, tapi sekarang, saya tak kisah dah. Thank you for always being there whenever I am in need of someone. Nanti kan kita jadi sukarelawan SUKMA sama-sama, so, FIGHTING! aku sayang korang sangat-sangat! ! ~^.^~ Gambar ni diambil sebelum saya pergi exam. Dan pada hari ini jugalah, buat pertama kalinya saya menaiki motor keluar dari UPM menuju ke MSN. Muahaha! Ni semua kerja gila bersama Sara. . HAHA!


        Atas, bawah, kiri, kanan. In the end, I'm always gonna be me. Walaupun banyak cabaran yang datang dalam usaha menempa kejayaan, sebenarnya, banyak lagi bantuan yang datang secara tersirat tanpa saya sedari. Bila duduk sendiri dan fikirkan semula apa yang berlaku, baru boleh nampak apa sebenarnya yang terjadi. Kenapa aku buat ni? Kalau aku tak buat benda tu. . . Nasib baik aku buat. . Kenapa mesti aku? ? Pertanyaan dan soalan yang kerap hadir dalam kehidupan seharian. Sekarang ni, saya cuba belajar untuk mengatakan, "Aku yakin ada hikmah disebalik semua ini." Ya, nampak mudah bila hanya bermain di bibir saat berbicara, tapi tak mudah melafazkannya sepenuh hati.

          Kehidupan. . . Saya sememangnya bersyukur dengan kehidupan saya yang sekarang ini. Walaupun begitu, masih ada lubang-lubang yang perlu ditampal dengan kejayaan. And I am working hard on achieving it. Mungkin orang nampak aku bersahaja, ketawa memanjang, friendly or whatever it is, but I am who I really am when I am alone. Tak susah nak senyum saat berduka, tapi susahnya nak percaya hati sedang terluka. Saya harap jalan kehidupan yang saya pilih ni ialah jalan terbaik. Pasal cinta, kalau sebelum ni boleh single selama dua tahun lepas patah hati, kali ni, mengapa tidak sampai habis degree, kan? Haha! okay lah, tu je untuk harini. I wish you all the best in your life and may Allah bless all of you. Amin. :) Wassalam.

No comments:

Post a Comment