Saturday 28 June 2014

Cuti Bro.


          Assalamualaikum dan hai semua yang membaca. Wow, lama juga tak jenguk blog sendiri ni. Sem 4 sebagai seorang pelajar penyiaran sangat membuatkan Ain tak ada masa selain hal yang penting je. Ni tergerak nak tengok blog pun lepas jenguk instagram sendiri via laptop. Dah 6 hari kat rumah, ni baru nak buka. Cuti memang boleh jadi syurga bagi mereka yang bergelar pelajar. 

         Okay, nak cerita sikit ni. Ain sebenarnya baru habis mengecat dalaman rumah. Boleh dikatakan 89% daripadanya dibuat sendiri. Nak buat macam mana, adik-adik sibuk sekolah. Tapi takpe, sebab ianya dah siap dan sememangnya memberikan kepuasan pada diri sendiri. *lap peluh*

          Tak banyak ambil gambar masa sebelum cat, tapi adalah sikit. Heee. :D




          Well, thats pretty much how my living room looks like before. Let me introduce the cat. Her name is Jacobmok. Quite a long story to be told why Jacobmok. And that one little girl is my youngest sister, Waheda Humairah. So, it should be the after photo now. :D






        Dan ya, itu yang dapat ditunjukkan setakat ni. Secara kasarnya, ambil masa sampai 4 hari nak siapkan ni. Haha. Tak sangka diri sendiri serajin ni nak mengecat. Dah lepas mengecat ni, rasa  macam lelaki pun ada. Naik turun tangga, angkat cat sana sini. Lega. Itu perasaan sekarang. 

          Bila disentuh hal tentang plan masa cuti, ingatnya nak kerja. Ada apply kat satu kedai 2 hari lepas, tapi sampai sekarang tak dapat call. Hmmm. Ibu suruh berniaga depan rumah dan kawan kata rehatkan badan je kat rumah sebab dah terlalu busy masa kat UPM. Tapi nak kumpul duit untuk sem depan. Pening. 

         Jadi, mungkin Ain akan update lagi nanti. Untuk sekarang, sampai sini dulu. Dan Ain tinggalkan korang dengan beberapa keping gambar hasil tangkapan sendiri yang masih baru lagi. Assalamualaikum. :)

*Selamat menduduki SPM batch '97*

*Putrajaya*

*The Baby S*

*My only Jacobmok*

*Cat enough?*

*Will be waiting for you*

No comments:

Post a Comment