Monday 30 June 2014

Tips Ramadhan?


          Assalamualaikum dan hai semua. Jadi, macam mana firt Ramadhan ni? Ada yang kantoi tak? Yangterkejutnya, harini first time adik aku yang kecik umur 5 tahun tu puasa penuh. Tahniah Mei. *tepuk tangan*

          Jadi, post kali ni nak perkatakan tentang tips ramadhan. Tips yang nak diperkatakan ni mungkin dah banyak kali dengar, tapi kali ni Ain nak kaitkan dengan pengalaman Ain sendiri juga.

Juadah Berbuka

          Ini sememangnya menjadi orang kata perkara utama lah yang nak difikirkan setiap kali berpuasa. Nak buka apa, dekat mana dengan siap dan macam-macam lagi lah yang berkaitan. Bagi yang duduk dengan family dekat rumah, selalunya tak payah nak pening-pening dah fikir pasal ni. Hal ni menjadi kerunsingan bagi mereka yang bergelar student dan juga orang bujang lah kan selalunya. Well, Ain pun student. Heee.

    Bagi mereka yang suka pergi ke bazar ramadhan dalam mencari juadah berbuka, Ain nasihatkan korang dah tetapkan bajet sebelum pergi dan bawa cukup-cukup je.     Kalau buat macam ni, bukan sahaja boleh save duit tapi boleh elakkan diri daripada melakukan pembaziran juga. Sebab selalunya, semua tu nafsu je. Nak kata syaitan yang hasut memang tak lah, kan dah kena kurung. Percayalah, in the end of the day, masa berbuka tu air yang paling dicari. Perasaan bila dapat air tu, macam dah kenyang. Normally, kita akan go for iced drink, tapi kalau nak save up dan nak lebih sihat, air mineral dah memadai.~^^

Amalan Baik

          Sememangnya bulan ramadhan ni merupakan bulan yang penuh barakah. Terbuka pintu syurga, amalan baik dilipat ganda, syaitan diikat. Jadi, apa lagi yang menghalang kita daripada mula melakukan kebaikan kan? Memanglah nak start benda baik tu tak perlu tunggu waktu yang sesuai macam bulan ramadhan, bila-bila pun boleh sebenarnya. Tapi alang-alang dah dalam bulan ramadhan ni, apa salahnya kita mulakan misi kita. Takkan cuma nak ada azam awal tahun baru dengan start sem baru je kan? Azam-azam tu pun belum tentu tertunai lagi.

         Manalah tahu kalau kita mulakannya hari ini, kita akan terbiasa dan terus membawanya ke kehidupan seharian. Tak ke satu anjakan paradigma namanya tu? Anjakan pada diri sendiri hanya akan terjadi bila diri sendiri mengingini. Tak begitu? Nak tetapkan dan tekadkan diri buat baik ni, cuma kena ada mental and pendirian yang kuat je. Setiap kali rasa malas nak buat baik, cuba ingat balik apa yang kita akan rugi. Kalau tertanya-tanya apa yang kita dapat dengan berbuat baik, anggaplah ia akan menjadi saham kita di akhirat kelak, insya-Allah. Kalau yang duduk kat rumah dengan keluarga tu, apa salahnya tolong-tolong menyapu ke, basuh pinggan ke. Takde lah mak ayah kita rasa sakit hati tengok kita menghadap tv dan telefon bijak je sepanjang masa. Bila lagi nak berbakti kat orang tua kita pun kan?



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

          Makanya, itu sahaja lah tips yang Ain nak kongsikan dalam post kali ni. Mungkin kalau Ain ada terfikir sesuatu yang lain nanti, Ain akan tambah lagi okay? Di kesempatan ini, Ain nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua Muslimin dan Muslimat dan mudah-mudahan puasa ini akan menjadi puasa yang terbaik buat kita semua. Amin. Okay semua, assalamuailum. :)

No comments:

Post a Comment