Tuesday 26 August 2014

Throwback Aidilfitri


          np: Eyes, Nose, Lips // Lydia Paek


         Assalamualaikum dan hai semua. Dah lama gila kan Ain tak update blog ni. Last masa puasa rasanya, ke masa kerja. Haha, tak ingat. Okaylah, rasanya pada saat ini bulan Syawal telah officially melabuhkan tirainya. Jadi memang kenalah kan kalau tajuk entry Ain kalini ada throwback tu. =)

          Raya kalini, alhamdulillah ayah ada bersama pada raya pertama setelah dua tahun terpaksa bekerja pada raya pertama. *YEAY*. Dan Ain pun dah tak menangis masa melawat kubur arwah nenek kesayangan haritu. Mungkin hati ini dah mula redha dan lebih memahami. :) Okay, jom terjah sikit gambar-gambar raya pertama Ain dengan family. ~^^

*Sweet tak Parents Ain?*

*siblings*






*Dengan the only Atok and Makcik's family*
          
*And the whole family is here. YEAY*

           Dan itulah sekitar apa yang berlaku sewaktu raya pertama di Aidilfitri 2014. :D Jangan disangka Ain yang besar ni dah tak dapat duit raya ya? Ain masih layak selagi masih belajar. Ngeh ngeh. XP 

         Pada budak-budak UPM seangkatan dengan Ain, mesti dah tahu yang result keluar beberapa hari sebelum raya. Punya lah terkejut tengok ada satu F dalam result. Rupanya lecturer tak key in markah lagi. Pasrah. Setelah beberapa lama, hal tersebut telah pun dapat diselesaikan dan Ain dapat First Class untuk sem 4. Alhamdulillah. Berkat doa ibu ayah ni, yakin. Heee.

        Okay, tetiba dah rasa malas nak update pepanjang pula. Kat sini Ain nak bagitahu yang rabu ini, bersamaan 27hb Ogos 2014, Ain akan terbang ke Sarawak. Doakan keselamatan Ain dan rakan-rakan yang lain ya? Kitorang budak-budak YSD ni ada buat program Rejuvinasi Minda Menuju Kecemerlangan di UPM Kampus Bintulu, Sarawak. Alang-alang, melawat kampus kedua UPM, ye dak? Ihiks. Okaylah, nanti Ain updte lain. Mungkin lepas dah habis kem. Okay, kem ni habis 30hb nya nanti. Pray for us okay guys? 

p/s: tang now playing kat permulaan entry tu ialah lagu yang Ain tengan minat sekarang. Lagu asal oleh Tae Yang. Boleh tengok cover-cover yang dibuat oleh YG Family yang lain seperti Akdong Musician dan Tablo. Setakat ni, takda satu pun yang menghampakan Ain. Okay lah semua, tata. Wasalam~^^

No comments:

Post a Comment