Monday 7 January 2013

Mont Kiara + Chow Kit + Pavi + Times Square + Renoma Cafe Gallery~

Hello dan assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. . ~
Hew. .~ !
Tersangat penat sebenarnya saat ini, tapi saya gigihkan jua diri ini untuk mengemaskini blog saya. .
HAHA ~!
Tengok tajuk pun korang dah boleh agak kan cerita ni pasal apa ?
Yes ~!
Perjalanan yang sangat panjaaaaaaanggg~ !
Tapi bermakna lah juga walaupun SAYA MEMOHON UNTUK MENOLAK MENERIMA PENGALAMAN INI. .
Okay, dan si dia tergelak besar saat dengar ayat ni. .
Sejak dah belajar Bahasa Melayu Tinggi (BMT) ni, makin menjadi-jadi ayat BM saya. .
HAHA !
Baiklah, saya nak cerita daripada awal akan setiap detik yang masih terlekat lagi dalam fikiran ni. .
Izinkan saya. .~
Ecehh. . ~
^__^
Saya bangun lebih kurang jam 11 pagi angkara tidur jam 3 pagi ++ . .
Okay, ini perkara biasa. .
Tak lama lepas bangun dapat call, okay, nombor tak kenal. .
Sekali dengar suara terus cam. .
HAHA !
Ya, dia adalah Wahab Jumrah, kawan baik sejak dari asasi. .
Kami memang rapat dan dia sangat baik. .
Dia kalau call memang takde kerja lain, nak ajak keluar lah ni. .
Dan tekaan saya tepat. .
Tapi hal ni sebenarnya menimbulkan confusion di mana saya sebenarnya ada janji nak keluar dengan senior pada hari yang sama, tapi tak confirm. .
Setelah mandi dan bersiap, dengan mengikut kata hati, buat keputusan untuk keluar dengan wahab. .
Dan itu adalah keputusan yang betul! (walau jalannya menyeksakan. =__=)
*Kepala pening. Mungkin kerana terlalu lama berjalan. Adeh*
Asalnya, ingat nak lepak Plaza Mont Kiara yang diwar-war kan best oleh kawan wahab tu. .
Sampai sana, hampeh. .=__+
Then, pergi 1 Mont Kiara pulak (depan je), pergi makan.
Sebab tak ada benda yang best, dia ajak aku ke Jalan Kiara 3 or Sri Hartamas. (tak sure).
Tapi dah sampai sana, setelah jalan sejauh 650m(mengikut google maps) kedai yang ada kawan dia tu tutup dan kami hanya ke 7Eleven.
*Sangat sakit hati + sakit kaki + kepenatan time ni*
Dan candangan seterusnya ialah, "marilah kita ke Chow Kit" .
And I was like, "WHAT???!"
Nak tak nak pergi jugak, naik bas. .
Okay, bas dipenuhi ramai "foreigner" . .
Ada satu babak memalukan bila wahab tetiba cakap Indon and mamat indon kat depan kitorang menoleh kebelakang. .
Muahahaha! Gelak besar dalam diam kitorang time tu.
Dan tetiba terbegaduh pasal pertikaian mengenai usaha yang patut dilakukan lelaki kalau dia sukakan seorang perempuan. .
HAHA ! Dalam bas tu kecoh dengan suara kitorang je. .
*Situasi biasa kalau keluar dengan Wahab*
Then, sampai lah ke Chow Kit.
Okay, saya terus geleng kepala kata tamao pergi sana. .
Jadi, kami meneruskan perjalanan ke Pavilion.
Dia ajak lepak kedai-kedai mahal je, starbucks lah, apa lah. .
*Penat layan Wahab ni*
saya tak suka lepak Pavi, lagipun pakai t-shirt dengan jeans je kot keluar tadi, agak segan.
So, saya ajak lah dia ke Tims Square. .
As expected, "Ni bukan tempat aku" katanya. .
Tapi, inilah tempat saya. .
Kat sini, kitorang pergi karoke. .
Okay, sangat gila kalau karoke dengan dia ni sebab pilihan lagu dia sangat pelik-pelik. .
Tension sebab dia nyanyi macam tengah buat gig concert je. .
=____+
Dan ini gambar kami. . ~^^
*time makan di Plaza Mont Kiara dan karoke di Neway TS*


Si dia ni sangat beria nak ke Renoma Cafe tu. .
Selepas siap solat maghrib semua dia suruh saya buat keputusan. .
Di samping nak jaga hati dia, teringin lah jugak kan. .
Perjalanan sejauh 1.8km(mengikut google maps) sangat memenatkan. .
Di tengah-tengah perjalanan dia bagitahu, "tempat ni tema dia Casual Dino" . .
And I was like, "YOU GOTTA BE KIDDING ME!!!!"
Dia ni sangat suka buat hal yang boleh bagi orang heart attack~!
Dia suruh belajar buat muka berlagak kaya, haha!
Ini sangat lawak. .
Pakai t-shirt nak buat muka berlagak kaya konon-konon datang dari hotel. .
Masuk-masuk je perkarangan cafe tu dah nampak kereta Audi. .
To be honest, tempat tu memang sangat classy dan romantik~!
Best weh kalau pasangan pergi sana untuk menikmati dinner. .
Sampai sana, ada waitress or waiter (sebab rambut macam lelaki tapi suara perempuan) ni tanya, dari mana ni?
Wahab dengan yakinnya menjawab dari hotel apa entah. .
Saya hanya mampu menahan gelak. .
Dan sesungguhnya, wahab sangat terkenal dalam daya kelentong orang dengan sangat confident. . !
Ni antara gambar yang dah di-compile-kan semasa di Renoma Cafe Gallery. .~

Makanan di-order oleh dia sebab saya tatao nak order apa. .
Mengikut Wahab, ini adalah second outlet. (pertama di France)
Ada satu kejadian yang agak pelik+sweet terjadi kat sini. .
Mungkin saya tak patut cerita. .
Takut timbul kontroversi. .
Tapi saya rasa dia memang macam tu dengan sesiapa pun. .
So, no biggie. .~
Lepas dah habis makan, dia buat pulak revisi cepat dan dia paksa saya jadi pendengar. .
Kalaulah dia tahu sebab saya menolak untuk menjadi pendengarnya pada awal permintaannya. .
Tapi mengenangkan kawan, saya turutkan. .
Sungguh, saya rindu Law walau yang lain sedang bermati-matian mengenainya. .
Hmmm. .
Okay, kisah sedih pulak dah. .
Takpe, saya yakin bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya yang tersendiri. .
Keep the faith and go on with life. .
Balik tu, lalu kat jalan utama yang ada orang glitter tu dan ada orang pegang ULAR yang sangat BESAR! ! ! !
Memang dah cuak + geli gila masa tengok ular tu. .
Wahab dok sibuk perhati orang glitter tu dan bila saya suruh dia toleh ke belakang dia terus terkejut. .
MUAHAHA!
Reaksi dia sangat lawak. .
Tapi memang ular tu sangat besar. .
Tak sempat ambil gambar sebab tak dapat fikir apa dah selain tengok ular tu melainkan nak lari. .
Hihiks~ !
Dan berikut ialah gambar perjalanan yang kutempuhi tanpa kerelaan!
*resit kat Renoma. Dia suruh simpan buat kenangan*

Inilah perjalanan kami. .
Tambang balik hampir separuh dia yang bayar. .
Pakcik teksi tu macam cari keuntungan lebih. .
Haih ~
Terima kasih Wahab sebab sudi ajak aku jelajah KL ni lebih luas lagi.
Kau jelah pun yang ajar aku jalan-jalan kat sini selalunya.
Rasa bertuah sebab dapat kenal dengan kau. .
Dan dikesempatan ini, saya nak ucapkan selamat hari lahir yang ke 20 buat Naim Fital, penyakat kedua terbesar sewaktu saya di asasi. .
Walaupun dia mungkin tak baca, nak wish juga. .
Dan, do pray for East Coast in Malaysia as a warrant about STORM has been rectified by NASA. .

p/s : terniat nak tengok followers kat twitter dan ternampak bio orang yg pernah mengaku ada crush kat saya dulu couple balik dengan ex dia. Agak tension. Arrrgh! Tapi apa pun, I wish both of you happiness. I am single, young and free girl. And I'm loving it. :)

Rasanya sampai sini dahulu cerita pengalaman saya hari ini. .
Semoga anda semua menjalani hari yang indah. .
Wassalam. .~

*a simple dress from me*

No comments:

Post a Comment