Sunday 1 July 2012

Sebak. . ~ !

Pagi ni tak seperti pagi yang selalu. .
Kenapa ?
Sebab pagi ni saya tak dengar suara ibu yang memanggil saya, mengejut saya dari tidur. .
Tiba-tiba dengar suara garau Si Ayah. .
Lantas terbangun tanpa berlengah. .
Bingkas ke bilik air. .
Terlihat ibu terbaring di atas katil saat saya ingin masuk ke bilik air. .
"Ibu demamku ? "
Hatiku berdetak. .
Dibiarkan soalan tu sehingga saya selesai mandi dan bersiap. .
Kemudian panggil salah seorang adik saya, bertanya perihal ibu. .
Adik kata ibu sesak nafas. .
Panggil lagi sorang, jawapan dia lagi terbaik. .
Entah, tak tahu. .
Tersempat mendengar perbualan antara ibu dan ayah. .
Saya mengesyaki sesuatu, tapi saya diamkan. .
Sebelum berangkat ke tempat kerja, jumpa ibu. .
Salam ibu, tanya ibu kenapa. .
Ibu tipu cakap ibu okay. .
Lepas tu ibu tarik muka saya, cium pipi saya . .
Saya balas ciuman ibu dan ibu tarik saya dalam pelukan ibu. .
Pelukan ibu erat. .
Hampir je menitis air mata saat itu. .
Terfikir mungkinkah. . . ?
Saya betul-betul berharap bukan sekarang. .
Banyak lagi yang belum saya tunaikan pada ibu. .
Sedih atas pemergian nenek pun tak habis lagi. . .
Pergi kerja dengan sedikit berat hati. .
Hari ini hari yang amat sibuk !
Haih. .
Julai pun dah masuk. .
Bermakna, tak lama lagi puasa. . .
^__^
Alhamdulillah, tadi masa saya balik tengok ibu kat ruang tamu tengah tengok tv dengan yang lain. .
Gembira .
Seperti yang saya perkatakan, Julai dah masuk. .
Bermakna, lagi dua minggu keputusan UPU akan keluar. .
Harap sangat dapat sambung Law semula. .
Ya Allah, tolonglah tunaikan hajat hambamu ini. .
Tapi jika lain kehendakMu, hambaMu ini hanya mampu menurut. .
Sekian, sampai di sini sahaja. .
Wassalam. . ~

No comments:

Post a Comment