Sunday 14 October 2012

Saya, Mereka dan Kami . .

Assalamualaikum dan hai semua. .
Dah dapat nak update blog ni buat saya rasa nak menangis. . !
Sebab banyak sangat memori yang dah tersimpan dalam otak ni tapi tak terluahkan dek banyak rintangan melanda. .
HAHA !
Ni lah masalah kalau dah banyak sangat cerita, sampai tatao nak cerita yang mana satu. .
Dan dah terlupa apa yang perlu diceritakan sebenarnya. .
Okay, mungkin saya patut mulakan dengan keadaan saya di UPM sekarang ni. .
Life kat UPM ni macam tu je lah kot. .
Takda naik turun sangat. .
Mendatar je. .
Kadang-kadang rasa bosan. .
Tengok kawan-kawan kat Uni lain buat saya rasa jealous. .
Haih !
Geram pun ada sebab saya tak dapat bersama mereka. .
Okay, nak cerita satu peristiwa di mana saya sesat menaiki bas pada waktu malam dan menyebabkan saya tidur di kolej lain. .
Nasib baik lah ada kawan kat kolej tu kan, kalau takde?
Tidur kat bustop lah nampaknya. .
T_T
Naik bas dari ktm Serdang pukul 10lebih, ingatkan bas tu lalu kat kolej serumpun(kolej saya), rupanya tak. .
Betapa cuaknya saat tu sampai seram sejuk badan ni ha. !
Nasib baik lah otak masih boleh berfungsi teringatkan kawan ada kat kolej 11 tu ha. .
Kalau tak, tatao la tidur mana. . >_<"
Balik lambat masa tu sebab pergi interview seorang cerpenis. .
Buntu idea kalau tak sediakan soalan awal-awal. .
Tapi cerpenis tu sangat baik sampai ambil saya dari DBP dan hantar saya ke KL Sentral. .
Actually hari tu saya tak keseorangan. .
Saya ditemani oleh seorang rakan baik saya sejak dari asasi lagi. .
Family saya pun dah kenal dia. .
Sampai ada yang salah anggap hubungan kami. .
Tolonglah paham. .
Haih. .
>__<"
Try nak upload gambar tapi tak boleh. .
So, tak ada gambar untuk entry kali ni walaupun sebenarnya banyak yang saya nak tunjuk kat korang semua. .
:(
Dan sekarang nak sambung cerita lain. .
Kebelakangan ni saya sibuk dengan urusan luar, sebab tu tak ada banyak masa nak update blog ini mahupun novel. .
Ditambah lagi dengan keadaan internet yang tak berapa nak mesra dengan keadaan saya kan ?
>_<"
Dan nak cerita pasal semalam pulak. .
Semalma saya jumpa semula keluarga LWA02A saya !
Rindu sangat dekat diorang walaupun saya selalu dijadikan bahan. .
=__=
Walaupun tak semua ada, tapi still terubat lah jugak rindu di hati ni. .
Menjadi rakyat minoriti di mana saya seorang je yang ada kat UPM ni buat saya rasa kecil, tak boleh nak kongsi pape pun. .
Untunglah diorang ambil law, boleh bertelagah pasal law sesama sendiri. .
Saya ambil komunikasi, dijadikan bahan bahawa saya akan jadi wartawan yang terkenal satu hari nanti. .
Tapi saya tak minat jadi wartawan. .
Mungkin ada dalam kalangan mereka yang akan terbaca entry ni, maaf kalau saya buat korang terasa. .
Rasa nak menangis ni dipendam je. .
Bila nak terluah tatao lah. .
Masa peluk kawan saya, Farah, memang nak nagis time tu. .
Tapi saya tahan sebab tak nak dijadikan bahan oleh dua lelaki . . . . . . . . .
Penat tao dijadikan bahan, tao tak ?
Okay, nak alih cerita sebab malas dah nak ulas lebih lanjut tentang hal ni. .
Tadi page settle kan hal ptptn dan kena cucuk buat kali kedua untuk hpv. .
Pergi Bukit Ekspo sebab ada pameran pertanian. .
Pegang kuda, tengok macam-macam. .
Maaf, saya dah tak ada mood. .
Wassalam. . .~

No comments:

Post a Comment