Thursday 20 October 2011

BIARKAN AKU MENANGIS. . .

Aku minta maaf atas apa yang telah terjadi antara kita. .
Aku tahu kau sengsara di sana. .
Aku tahu kau mengharapkan aku kembali ke sisimu. .
Tapi aku tak bisa. .
Maafkan aku. .
Aku juga merindui dirimu. .
Mugkin sangkamu aku bahagia di sini. .
Tapi engkau silap. .
Aku juga merana. .
Aku tahu kita sama-sama bersalah. .
Tapi aku lah yang lebih bersalah kerana meninggalkanmu dalam keadaan sebegitu. .
Aku akui, aku merindukanmu. .
Tahukah engkau betapa sukarnya aku menahan diri daripada membalas setiap pesanan darimu yang merayu aku kembali ke pangkuanmu. .
Ke mana sahaja aku pergi, bayangmu sentiasa menghantui. .
Walaupun kenangan kita banyak pahit dari manisnya, aku tak hirau. .
Itulah yang menjadi guru dalam hidupku setelah kita berpisah. .
Aku tahu ramai lagi lelaki lebih baik darimu. .
Tapi, tak akan ada seorang lelaki pun bisa jadi sepertimu. .
Kau amat istimewa buat diri ini. .
Tapi aku juga tak mahu peristiwa dulu berulang kembali. .
Ibuku juga tak merestui perhubungan kita. .
Aku harus akur. .
Tapi tahukah engkau aku juga sentiasa mengingatimu. . ?
Ya. .
Kau tak akan tahu. .
Kebarangkalian untuk kau baca luahan hati ku ini juga hanya sebesar 0.001%. .
Biarlah kau menggelarku dengan apa gelaran sekalipun. .
Sesungguhnya, kau tidak lagi benar-benar mengenaliku. .
Satu lagu dari dadali amat sesuai dengan cerita kita. .
Menerima pesanan darimu hampir setiap malam memberitahuku bahawa watak lelaki dalam lagu itu persis sepertimu. .
Juga benar apa yang dikatakan oleh watak Si Wanita. .
Tetapi aku meninggalkanmu bukan kerana ada cinta lain. .
Harus kau tahu itu. .
Malam ini, aku menangis lagi mendengarkan lagu ini. .
Ku lihat semula kenangan kita bersama. .
Air mata ini tidak mahu berhenti mengalir. .
Lagu itu jadi peneman sewaktu aku menulis luahan hatiku ini. .
Aku tahu, tiada siapa yang benarbenar ada di sisiku lagi saat ini. .
Bahkan rakan-rakan ku jua. .
Mereka tak akan mengerti perasaan ini. .
Seandainya aku mati hari ini, hatiku mengatakan bahawa aku akan masuk ke neraka. .
Kerana aku banyak bersalah padamu, dan juga yang lainnya. .
Aku tahu sukar bagimu memaafkan kesalahan aku ini. .
Aku minta maaf. .
Tulus dari hati ini. .
Walaupun kau tak mungkin akan percaya lagi pada diri ini. .
Malam ini. .
Kau yang paling memberi kesan. .
Tapi, ada juga yang lainnya. .
Yang menerima nasib hampir serupa denganmu. .
Mengenangkan semua ini membuat aku takut untuk bercinta lagi. .
Aku takut menghancurkan lagi hati insan yang mengasihi diri ini. .
Apakah mungkin hidupku ini ditakdirkan agar aku sendiri tanpa teman hidup. .
Yang tidak mengenaliku sesungguhnya mungkin berkata mereka sanggup menemaniku. .
Tapi maaf, aku harus menolak. .
Mereka tidak mengerti. .
Izinkan aku kecewakanmu saat ini kerana aku tak mahu kita kecewa di akhirnya. .
Setidaknya, kau akan bisa melupakan aku sekiranya aku kecewakanmu dari awalnya. .
Aku pohon maaf. . .
Malam ini. .
BIARKAN AKU MENANGIS. . . . .

No comments:

Post a Comment