Monday 24 October 2011

KELUARGAKU KEHIDUPANKU. . .

Hari ni aku nak tulis sesuatu mengenai hidup yang telah aku lalui dalam tempoh 18 tahun aku di dunia ni. .
Tak ada kena mengena dengan kisah cintaku yang mengarut dan tak logik , tapi mengenai aku dan keluargaku. .
Aku datang dari sebuah keluarga yang sederhana. .
Mempunyai tujuh beradik , perempuan semuanya dan aku merupakan anak sulung. .
Aku tahu, tidak mudah menjadi anak sulung dalan sesebuah keluarga kerana selalunya, ibu bapa menaruh harapan paling tinggi pada mereka. .
Ibu, Ayah. .
Jangan risau ye. .
Along akan cuba tunaikan impian ibu dan ayah walaupun pada zahirnya aku kelihatan seperti tidak mengendahkan semua itu. .
Ayahku hanya seorang pemandu van sekolah. .
Ibuku pula suri rumah. . , tapi ad juga buat bisnes sendiri. .
Ibu buat cendol mentah untuk di hantar ke kedai. . .
Kerja sekadar ingin meringankan beban ayahku. .
Ye, apa lah sangat kerja sebagai pemandu van yang perlu menyara tujuh orang anaknya kan. .?
Tapi aku bangga dengan ayahku, walaupun dia tak tahu. .
Ayah kerap juga buat kerja sambilan sewaktu cuti sekolah. .
Agak kasihan aku melihat ayah dalam keadaan sebegitu. .
Tapi aku paham, ayah dah terbiasa. .
Melihatkan semangat ayah yang sentiasa membara untuk memberikan yang terbaik buat keluarganya. .
Aku juga berazam ingin menjadi orang yang berjaya suatu hari kelak. .
Aku gembira dengan keluarga aku. .
Ayah tak pernah terlalu sibuk hingga mengabaikan kami. .
Ayah sering ada masa untuk diluangkan bersama kami. .
Apa sahaja aktiviti yang dilakukan bersama keluarga, pastinya menimbulkan kenangan yang sukar dilupakan bagi diriku. .
Van sekolah. . . .
Hanya itulah satu-satunya kenderaan yang membawa kami menuju destinasi kami. . .
Dengan van itulah aku dan adik-adikku dibesarkan. .
Bercerita tentang keluaraga kadang-kadang seperti membuka pekung di dada sendiri. .
Tapi bukan itu yang aku rasakan saat ini. .
Aku bangga dengan keluargaku. .
Mungkin aku tak dapat hidup mewah seperti orang lain, tapi cukuplah kiranya aku mempunyai sebuah keluarga yang harmoni hingga ke akhirnya. .
Harta boeh sentiasa dicari, tapi tidak sebuah keluarga harmoni. .
Aku rasa sampai di sini dulu lah coretan aku hari ni. .
Lain masa kita jumpa lagi ye..?
oh ye!
Ini salah satu pic family yang sempat aku ambil masa pergi Air Papan semalam. .
^_^

No comments:

Post a Comment