Thursday 19 April 2012

Kisah Silam #1

Entry kali ini dipetik dari salah sebuah coretan dalam diari aku berkenaan seorang lelaki . . .

Hari ni hari Sabtu bertarikh 6/11/2010 . . Pada saat ini, aku ingin menceritakan tentang sesorang. Seseorang yang aku tak sedar entah bila benih cinta mula tumbuh dalam hati ini kepadanya . . Perasaan ini tidak hanya tercetus kerana paras rupanya yang memikat, malah aku turut terpukau dengan kata-katanya. .  Walaupun dia bukanlah pujangga yang bijak bermadah kata, tapi sikapnya yang berterus terang dan tidak memendam perasaan membuat aku semakin tertarik untuk mendekatinya. . Dia bukanlah seorang yang begitu peduli akan perassan orang lain pada zahirnya, tapi aku percaya, dia bukanlah insan sebegitu . . Berdasarkan perilakunya yang mengambil berat dan penyayang, aku tahu dia seorang yang baik hati dan boleh menjadi pasangan terbaik untuk siapa pun. . Cinta ini, makin mekar pabila aku dan dia semakin rapat. tpi, sesuatu yang diluar jangkaan ku telah berlaku. .Saat aku pasti akan perasaanku padanya, nyatanya dia sudah mempunyai idamannya yang tersendiri . Detik ini, lidahku kelu, hatiku membeku, jantungku berhenti berdegup, darahku berhenti mengalir dan otak mulai berhenti berfikir . . Tanpa diduga, perasaanku masih masih lagi hidup untuk memberi jalan keluar padaku. . Biarlah dia bahagia . Itulah apa yang perasaanku ucapkan . . Sementelah itu, semuanya mula berfungsi semula seperti sedikala . . Tapi, hanya satu . Fikiranku mengganggu hatiku . . Walaupun mulut mengungkapkan agar dia bahagia bersama temannya, fikiran dan hatiku masih tidak dapat menafi realiti bahawa diri ini menanam perasaan terhadapnya . Tiba-tiba  otakku membuahkan pendapat . Sekurang-kurangnya aku masih di sisinya sebagai seorang rakan yang setia, tempat untuk dia melepaskan tekanan dan meluahkan kegembiraan . . Kebodohanku mengahncurkan semuanya. . Kini dia semakin jauh dariku . . Apakah yang harus aku lakukan lagi ? 
Bermacam cara telah ku guna untuk merawat hatinya tapi tidak berkesan. .Aku telah penat. . Akhirnya aku mengalah . . Akan ku biarkan waktu menentukan segalanya. .Walaupun tanpa aku di sisinya saat ini, dia masih mempunyai seorang teman yang boleh membahagiakannya dan mengisi kekosongan jiwanya . Lantas ku teringat . . Saat ini, aku mengenakan warna kegemarannya. . Entah apalah yang aku fikirkan saat menulis petikan ini. . Aku rasa cukup hingga di sini. . 11:39 malam . Wassalam . .


~EMNY~

No comments:

Post a Comment