Tuesday 12 June 2012

Nenek. . .~ ~ ~

Assalamualaikum. .
Terutama sekali, Inalillah. .
Nenek saya, Sarah Binti Marjo telah pun meninggal dunia di jangka pada jam 3.40 petang bertarikh 11 Jun 2012 . .
Yang dipercayai merupakan hari lahirnya mengikut kalendar Islam. .
Sama-sama doakan nenek saya agar di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. .
Al-fatihah. . .
Alhamdulillah. . .
Segalanya telah berjalan dengan lancar tadi. .
Dan ketahui lah, betapa banyak semangat yang saya terpaksa kuat kan untuk menaip perkataan-perkataan di sini. .
Bukan apa, saya tak suka bercerita sangat dengan orang direct. .
Better menaip untuk spit it out. .
Saya dapat berita ni masa saya tengah kerja. .
Time tu tengah makan. .
Nasi goreng cina + ayam kunyit + air milo ais. .
Saya ingat lagi. .
Tiba-tiba fon bunyi, ayah call. .
Agak pelik sebab ayah tiba-tiba call. .
Then, ayah bagitao nenek dah tak ada. .
Bayangkan betapa sedihnya saya waktu itu. .
Kerana saya amat rapat dengan nenek. .
Dah macam ibu kedua saya. .
Bila terkenangkan semula kenangan kami bersama, saya mula sebak. .
Air mata mengalir deras. .
Bukan apa, saya agak terkilan kerana saya tak sempat menjaganya di waktu-waktu akhir. .
Tapi, nenek tetap ingat saya. .
Betapa tak gunanya saya sebagai seorang cucu kan ?
Ya Allah, kau kurangkanlah seksaan nenek ku Ya Allah. .
Then saya call kawan untuk luah kan perasaan. .
I call Key. .
He comfort me. .
Always care about me. .
To Key, thanks for always being there whenever I need you. .
Pada hari nenek meninggal, hanya dua orang kawan je yang betul-betul care. .
Lagi satu Zee. .
Awak, terima kasih sebab sudi ceriakan saya saat saya sedih. .
Terima kasih sangat-sangat. .
Both of you are my best friends. .~ !
Thanks for being there for me. .
Saya masih tak boleh lagi na bahasakan nenek sebagai arwah. .
Sebab saya rasa nenek dekat je dengan saya. .
Kubur nenek pun dekat je dengan rumah. .
Insya-Allah along lawat nenek bila along ada masa ya nek ?
Nenek . .
Along minta maaf sebab tak dapat selalu nak jaga nenek masa nenek sakit. .
Along tahu along ni cucu yang tak guna. .
Tapi along tatao kenapa nenek masih nak lebihkan along daripada yang lain. .
Padahal, along rasa yang lain lagi banyak baktinya terhadap nenek. .
Ya Allah, betapa susah nya aku nak melupakan nenek walau betapa kuatnya aku berfikir untuk meredhainya. .
Moga nenek sentiasa di rahmati Allah. .
Amin. . .~
Nenek. . .
Along doakan nenek aman di sana. .
At least, along lega sebab pernah menjenguk nenek lepas along habis asasi dulu. .
Bila nenek dah tak ada ni, baru along tahu hajat nenek tu. .
Ingat nenek cakap main-main je dulu. .
Sebenarnya along tak kisah pun. .
Along tak suka benda ni sebab ia jadi gaduh. .
Tapi, kata ibu along kena terima sebab ni hajat nenek. .
Bila fikir pasal ni, along rasa semakin tak guna. .
Along tak banyak luangkan masa dengan nenek. .
Sampai nenek dah jadi jenazah pun along tak sanggup nak cium nenek. .
Walaupun sebenarnya hati along teringin sangat nak rangkul nenek erat-erat. .
Tapi jasad along kaku nek. .
Along tak dapat buat apa-apa. .
Tadi along nak tolong mandikan nenek, tapi ada orang tak bagi. .
Masa kafankan pun along tak tolong. .
Apa lagi pergi ke kubur, along tak sanggup nek. .
Semalam masa tidur dalam bilik nenek, along rasa nenek ada je lagi kat sebelah along. .
Along rindu nak sikat rambut nenek, nak potongkan kuku nenek. .
Beli kan nenek ais krim. .
Nenek suka ais krim kacang kan ?
Dengan pepsi cola. .
Along selalu kacau. .
Along ni jahat kan nek ?
Tapi bila along tengok nenek dalam pakaian serba putih tu, nenek nampak macam tengah tidur. .
Muka nenek putih sangat. .
Kalah orang cina tao nek. .
Nenek, along minta maaf sebab along nangis. .
Along tak dapat tahan lah nek. .
Nasib baik along pernah curi ambil gambar nenek 1. .
Boleh buat kenangan kan ?
Nenek, nenek boleh nampak along ke?
Betul ke nenek nak along happy ?
Nenek marah ke kalau along nangis?
Tapi along nangis jap je ya nek ?
Nanti along senyum lagi. .
Along sayang nenek. .
Rindu na masakkan nenek sayur bening dengan sambal belacan. .
Nenek suka kan ?
Tahun ni tak sempat lah nak tolong nenek kemas rumah time puasa untuk raya kan ?
Kalau tak nenek selalu panggil along datang tolong. .
Kadang sampai nenek sogok kan dengan duit. .
Along jahat kan nek ?
Mata duitan. .
Tapi sebenarnya along sayang sangat dengan nenek. .
Nak gurau-gurau cerita pasal cari pakwe kaya. . .
Jalan sama-sama kat pasar tani. . .
Along tidurkan nenek atas pangkuan along. . .
Tak apa nek. .
Walaupun zahir nya nenek dah tak ada, dalam hati along ni nenek sentiasa ada. .
Along terfikir, tah macam mana lah along nanti bila tiba saat nak hadapi pemergian ibu dengan ayah nanti. .
Mampu ke along ?
Sanggup kah along nek ?
Nenek, semoga nenek bahagia di sana ya ?
Biar lah orang lain dan along sendiri anggap along ni jahat dan cucu tak guna. .
Along tetap sayang nenek. . .
Nenek pun sentiasa dalam hati along kan ?
Along sayang nenek. . . .
^__^
Okay lah semua, sampai jumpa lagi. .
Tapi tak lupa kepada semua yang tetap memberikan kata-kata semangat pada saya. .
Amat menghargainya. .
Terima kasih ya ?
Jangan lupa doakan nenek saya ya ?
Sampai jumpa lagi. .
Wasalam. . .

2 comments:

  1. sedey nya :(
    jenguk blog hana pula~

    ReplyDelete
    Replies
    1. will do. .
      Thanks sebab sudi singgah sini ya hana. .^^

      Delete