Thursday 22 November 2012

ISRAEL, YAHUDI DAN ZIONIS.

Assalamualaikum dan selamat malam or pagi buta semua. .
HAHA !
Tengok tajuk entri kali ni nampak macam serius je kan. . ?
Tapi relaks dulu, saya pun tak suka buat entri berat-berat ni. .
Entri ni saya buat setelah saya dapat satu teks dari kawan saya mengenai Israel, Yahudi dan Zionis ni lah. .
Dapat masa kelas malam yang sangat mengantukkan. . ~
*Menguap*
Teks ni hasil tulisan Dr Heazar Ismail .. 
Bukan nak salin semula teks beliau kat sini, tapi saya nak buat kesimpulan tentang apa yang saya faham. .
Kawan-kawan, tolonglah celik mata, buka minda dan terima hakikat bahawa Israel, Yahudi dan Zionis adalah tiga perkara yang berbeza. . !
Israel ialah sebuah negara, Yahudi ialah sebuah bangsa dan juga agama manakala zionis ialah satu fahaman. . 
Bagi contoh senang sikit. . .
Malaysia, Islam dan Syiah. .
Malaysia ialah negara yang ada orang Islam dan bangsa Melayu dikaitkan dengan beragama Islam. .
Tapi adakan semua Melayu Islam ini berfahaman syiah. . ?
Nampak tak perbezaannya di situ ?
Zionis di sini boleh saya katakan sebagai fahaman berhaluan kiri dalam bangsa/agama Yahudi. .
Dan sesungguhnya, orang Yahudi yang berhaluan kanan sangat-sangat menentang fahaman ini. .!
Bukankah Yahudi juga merupakan agama samawi sama seperti Islam dan Kristian ?
Di sini, saya menulis secara umum. . 
Harap tiada yang terasa hati. .
Zionisme atau fahaman Zionis merupakan fahaman ultra-nasionalis Yahudi yang menginginkan penubuhan sebuah negara bangsa sendiri. .
Dan fahaman inilah yang membentuk sebuah negara bernama Israel yang saban hari mencuba merampas tanah hak rayat Palestin bagi memperbesarkan komuniti Zionisnya dengan secara kejam dan tidak berperikemanusiaan!
Jadi, sebelum kita terus-terusan memaki hamun, mengutuk dan mencerca, fahamilah terminologi-terminologi ini dahulu agar tidak terjadinya fitnah!
Apa yang ingin saya katakan di sini, perbetulkan lah semula doa kita. .
Doakanlah kehancuran Yahudi Zionis, bukan Yahudi sahaja. . 
Saya harap entri saya kali ni berguna buat anda semua. .
Sampai sini sahaja entri saya malam ni. .
Wassalam. . ~

No comments:

Post a Comment