Monday 19 November 2012

Pray For Gaza.




Assalamualaikum semua. .
Ya, di tengah hari ini, saya terpanggil nak menulis satu enti mengenai isu di Gaza ini secara terus, bukan berunsur selitan seperti di entri sebelum ini. .
Sedang saya makan tengahari tadi, saya terfikir isu McDonald beri makanan percuma di seluruh Malaysia. .
Adakah hanya di Malaysia dan mengapa ?
Sesetengah pihak berpendapat bahawa hal ini harus diboikot, manakala pihak yang lain pula menyatakan dengan keras bahawa McDonald di Malaysia tidak terlibat dengan penyaluran dana ke Israel laknatullah.
Pertama sekali, biar saya ulas isu ni. .
Saya bukan nak menangkan mana-mana pihak ataupun menyalahkan mana-mana pihak.
Lain orang lain pendapatnya, bukan begitu ?
Ingin saya kongsikan satu kisah yang saya terbaca paga tadi mengenai Nabi Ibrahim A.S yang dibakar dengan api. .
Apa kena mengenanya?
Sabar, bacalah dahulu kisah ini. .
Dipercayai seekor burung telah bersusah payah memadam api yang membakar Nabi Ibrahim dengan membawa air menggunakan paruhnya yang kecil . .
Melihatkan perihal yang seperti sia-sia, masyarakat bertanya kepada burung tersebut akan mengapa dia tetap mencuba walau dia tahu usahanya sia-sia dan tak akan dapat memadamkan api tersebut. .
Burung itu menjawab, walaupun dia tahu usahanya kelihatan sia-sia, sekurang-kurangnya dia mencuba dan berusaha.
Allah akan bertanya, "Apakah yang kau lakukan sewaktu Nabi Ibrahim dibakar" , bukannya "Berjayakah kau memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim", inilah yang dipercayai burung tersebut.
Tersentak hati saya saat membaca pernyataan ini.
Benar, yang dipersoalkan di akhirat kelak ialah perlakuan dan perbuatan kita, bukan hasilnya. .
Jadi sama lah seperti isu memboikot barangan-barangan Israel ini. 
Sekurang-kurangnya apabila ditanya apa yang dilakukan saat kita mengetahui saudara seIslam kita di Gaza diserang Israel laknatullah?
Tangan kita boleh menjawab, "aku mengelak daripada membeli barangan Israel"
Ya Allah, sekecil-kecil pertolongan kita juga membawa makna yang sangat besar buat saudara-saudara kita di Gaza sebenarnya. .
Sungguh jahilnya diri saya yang tak pernah menyedari semua hal ini sebelum ini. .
Isu kedua yang saya nak bangkitkan berkenaan status-status di facebook yang mengatakan mereka ingin berperang bersama saudara kita di sana. .
Alhamdulillah, murni niat mereka ini. ..
Tapi apakan daya kita sebagai hanya seorang remaja yang masih belajar. .?
Kita berdaya !
Boikotlah barangan-barangan Israel, in shaa Allah usaha itu dikira sebagai sama-sama berperang dengan saudara-saudara kita di sana. .
Isu ketiga dan barangkali yang terakhir. .
Saya sangat berharap sokongan mereka ni tak terbatas dan terhenti hanya setakat di media-media interaksi seperti twitter dan facebook, malah turut sama membawa ke dalam doa selesai solat mereka.
Sesungguhnya senjata seorang Muslim ialah DOA.
Menggigil sebenarnya tangan saya saat menaip patah-patah perkataan dalam entri ini kerana saya tahu saya sendiri masih banyak kekurangannya. .
Tetapi saya gagahkan kerana ingin berkongsi suara hati saya kepada semua. .
Sanggupkah kalian tengok kanak-kanak yang masih kecil dan tak berdosa mati setiap hari disebabkan Israel laknatullah ?!
Sama-sama lah kita renungkan. .
Seterusnya, saya sajikan sedikit sebanyak dengan gambar-gambar. .




Sesungguhnya saya tak sanggup melihatnya lagi. .
Moga Allah memakbulkan doa saya dan anda semua. .
Allahu allah!
Wassalam.

6 comments:

  1. thumb up girl =) really proud! nice entry

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks. .~
      sama-sama lah kita doakan saudara kita di sana. .
      =)

      Delete
  2. saya lebih menyokong kata2 someone ni.

    dah nama pun McDonald, sah2 la kena claim royalti kepada pengasas McD. Francais kan. Lainlah McD tukar nama McDogol, McCurrie, McKelate dan lain2.. barulah mereka boleh claim tidak ada kena mengena dengan Zionis.

    ^____^

    moga Allah melindungi saudara kita di Gaza

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, saya juga setuju dengan pernyataan tersebut. .
      Amin, In Shaa Allah. .
      =)

      Delete