Monday 31 December 2012

GEREJA vs MASJID

Assalamualaikum dan hai untuk semua pembaca. . ~^^
Tengok tajuk entri ni, wah, macam serius je kan. .
Tak ada apa sangat pun sebenarnya. .
Hanya saya seorang manusia biasa yang ingin melampiaskan pandangan saya mengenai dua isu ini di dalam blog saya. .
Bila berbicara mengenai dua perkara ini, apa perbezaan yang dapat anda semua fikirkan. . ?
Banyak bukan ?
Tapi bukan perbezaan yang ingin saya ketengahkan di sini. .
Ada satu persamaan di antara keduanya, - Rumah Agama / Tempat Beribadat.
Satu bagi yang beragama Kristian dan yang satu lagi bagi yang beragama Islam. .
Saya akui saya punyai ramai kawan berbangsa Cina, juga beragama Kristian sejak masuk program Ijazah ni. .
Jujur saya katakan, saya kagum dengan kecintaan mereka terhadap agama mereka. .
Saya tabik mereka. .
Remaja seperti saya, tapi sangat menitikberatkan soal agamanya. .
Ada sahaja aktiviti di gereja yang perlu mereka sertai. .
Kadang-kadang saya rasa malu dengan diri sendiri dan persoalkan diri sendiri. .
Bila saya nak jadi seperti mereka dan mengimarahkan surau ataupun masjid berdekatan. .?
Melihatkan juga anak-anak muda remaja lain yang juga leka dengan duniawi, termasuklah saya sendiri. .
Memang ada golongan yang mengimarahkan surau dan masjid, tapi hanya segelintir sahaja. .
Baru sahaja tadi, selesai makan malam, saya dan rakan-rakan lalu di hadapan sebuah surau. .
"Bila aku nak solat kat surau ni secara berjemaah kan?" / "Sila lah pergi sekarang. ."
Sentap juga dengan ayat tu. .
Tapi betul, saya harus mulakannya dari sekarang, sepatutnya. .
Tapi apa yang saya lakukan?
Hanya meneruskan langkah menuju ke bilik dan bermain dengan kucing yang saya temui di pertengahan jalan. .
Melihat segolongan remaja lelaki melangkah ke surau berkenaan, "Ya Allah, sejuknya hati tengok mereka ni.."
Bilakah agaknya masjid mampu menarik minat ramai golongan remaja seperti saya untuk menyemarakkannya?
Rasanya, dah bermacam cara dibuat, tapi tak tahulah kan. .?
Rasanya, sebelum mengimarahkan masjid atau surau, kita harus imarahkan diri sendiri dulu dengan perintah-perintah Allah. .
Mungkin dengan cara tu hati kita terbuka nak melangkah ke rumah Allah dengan lebih kerap. .
Insya-Allah. .
Sampai sini dahulu coretan pandangan saya. .
Maafkan saya andai tersalah kata dan mengguris hati mana-mana pihak. .
Wassalam. . ~^^

No comments:

Post a Comment