Thursday 10 May 2012

Kisah Silam #2 . .

       Hari ini hari Khamis bertarikh 11/11/10 . . Semalam merupakan hari yang bahagia buat diriku. . Berjalan dengan dirinya berdua sahaja kelihatan seperti pasangan kekasih. . Perasaan yang ku pendam terhadap dirinya harus disimpan jauh di lubuk hati ini kerana aku tidak mahu dia mengesan bibit-bibit perasaan cintaku terhadapnya. . Aku sedar aku agak cemburu ketika dia menceritakan perihal perempuan lain kepadaku. . Tapi, selaku seorang teman, semua katanya aku turutkan agar aku dapat menjadi teman terbaik buat dirinya. Atas permintaannya yang mahu berkenalan degan rakan sekelasku, perasaanku mula berkecamuk. . Hampir sahaja dia menebak perasaanku ketika itu tapi cepat aku pintas fikirannya dengan menuruti kehendaknya. . Hati ini bagaikan hendak menangis memikirkan dirinya. . Aku bukan siapa-siapa untuk mengawal tindak tanduknya. . Dia mengisi jiwa aku yang sedang kekosongan saat ini. . Dia amat istimewa bagiku. . Bagiku, hubungan kami amat mesra. . Tapi mungkin tidak begitu pada tanggapan dirinya. . Layanan yang diberikan olehnya kepada aku mungkin sama dengan rakan-rakannya yang lain. . Hanya aku yang mudah tesentuh oleh setiap perkara yang kami lakukan bersama. .Huh. . Aku bingung bagaimana harus ku ungkapkan perasaan ini kepadanya. . Tapi aku juga takut untuk bertindak sebegitu kerana aku tidak mahu hubungan yang sedia ada terjejas oleh pengakuanku. . Selama ini, orang yang aku sayangi dan minati tidak pernah memberi respon yang baim kepadaku saat mereka mengetahui perasaanku. . Jadi, mengapa harus aku luahkan perasaan ini kepadanya jika dia juga barangkali akan melakukan hal yang sama seperti lelaki-lelaki yang aku sukai suatu ketika dahulu. . Setelah ku fikirkan hal ini dengan teliti, akhirnya aku putuskan untuk tetap memendam perasaan ini. . Tapi sekiranya aku terlepas kata, aku harap aku tak akan dikecewakan. . Benar. . Tiada siapa yang mahu dikecewakan oleh orang yang tersayang di dunia ini. . Hati ini berdebar-debar saat terfikirkan dirinya. . Sesungguhnya inilah aku saat aku menyukai seseorang. . Cukuplah jika dia sahaja yang bahagia dalam kehidupannya. . Hati ini akan turut gembira pabila melihat dirinya terukir sebuah senyuman kebahagiaan. . Senyuman dan lirik matanya menjadi igauan buat diri ini. .Sekian. . 21:54. . Wassalam ~

~ EMNY ~

p/s : saya bertemu dengannya petang tadi. . . .~

No comments:

Post a Comment