Thursday 10 November 2011

~ Duhai Bulan ~

Duhai Sang Bulan. . .
Aku menyukaimu. .
Kau menyinari malam-malamku yang suram. .
Kau menemaniku saat aku hilang arah dalam kegelapan. .
Cahayamu memberi sinar baru bagi diriku ini. .
Setiap malam aku menantikan kehadiranmu agar menemani diri ini. .
Tapi, pernah juga aku kecewa denganmu kerana pernah kau menghilang begitu sahaja. .
Setelah beberapa hari berlalu kau muncul semula. .
Marahku padamu hilang di bawa angin. .
Ceria hatiku melihat hadirmu. .
Kau sentiasa mengekori langkahku , memastikan aku selamat. .
Perhatian yang kau berikan padaku membuat aku semakin menyayangimu Duhai Bulan. .
Tapi kini. . .
Aku baru tersedar itu semua hanyalah ilusi. .
Sekarangku berpijak pada hakikat bahawa kau hadir bukan hanya untukku. .
Kau hadir untuk yang lain nya juga. .
Aku tahu aku tak setanding Sang Mentari tuk berada di sisimu. .
Oleh itu. . .
Biarkan lah aku untuk terus menyayangimu. . .
Duhai Bulan. . . ~

No comments:

Post a Comment