Tuesday 28 February 2012

Katanya. . . .

Saat aku sedih dan tertekan. .
Diri ini rasa tida gunanya. .
Mahu saja aku memisahkan jasad dan nyawaku. .
Katanya : Kau sanggup ke nak tinggalkan parents kau? Siapa nak jaga mereka?

Dikala aku rasa amat rendah diri. .
Dan merasakan bahawa akulah yang paling hodoh dalam kalangan rakan-rakanku. .
Mahu saja aku lari meninggalkan mereka. . .
Katanya : Semua makhluk Allah tu cantik dan kacak belaka. . .

Sewaktu tekanan melanda diri. .
Tangisan menjadi peneman. .
Mahu saja aku tak makan seharian. . .
Katanya : Kenapa kau nak seksa diri kau padahal mereka semua bergembira di luar sana?

Ketika aku dilanda masalah. .
Tiada siapa berada di sisi. .
Mahu saja ku sakiti diri. . .
Katanya : Ceritalah, aku kan ada. Dengan aku pun kau nak berahsia ke?

Saat, tika, waktu dan detik ini. .
Tidak kiralah dalam situasi apa sekalipun aku berada. .
Kata-katanya masih setia jadi peneman. .
Kawan, telah ku abadikan kata-katamu di sini. .
Agar yang lain juga turut bermotivasi membacanya. .
Sesungguhnya, aku menyangimu lebih dari yang kau tahu. .
Teman. . . .


Okay lah. .
Sampai sini dahulu mutiara kata hari ini. .
Sampai jumpa lagi. .
^__^

No comments:

Post a Comment