Tuesday 23 July 2013

PAST vs FUTURE



          Hai dan assalamualaikum. Lama dah tak update dalam bahasa kebanggaan, Bahasa Melayu. Saja je tulis tajuk dalam English, bikin gempak. HAHA! Maaf kepada yang tertipu. >_<" Harini, dari twitter ke facebook, saya asyik mengadu, "macam mana nak melangkah ke masa hadapan kalau sesuatu dari masa lalu tak berhenti mengahntui saya?" Macam mana saya dapat ayat ni? Kalau anda baca entri saya yang sebelum ni, saya ada sebut pasal tiga lelaki yang saya dah berjaya letakkan di masa lalu untuk selamanya. Tapi tanpa diduga, salah seorang dari mereka tiba-tiba hadir semula dalam hidup saya. Kenapa? Kenapa?! Kalau dia cuma hadir sebagai kawan, insya-Allah saya boleh terima. Tapi ini tidak, mengharapkan cinta yang tak pasti dari saya sampai sanggup tinggalkan perempuan yang sayangkan dia. Sesungguhnya saya keliru. Saya masih terluka dan saya sedar saya juga banyak melukakan hati orang lain. Oleh itu, tolonglah bagi saya ruang dan peluang untuk sembuhkan luka-luka ini.Haih. . .


         Saya akui saya bukanlah seorang perempuan yang sempurna. Saya sedar kekurangan diri saya. Makanya saya katakan tidak untuk sebarang perhubungan percintaan pada waktu yang terdekat ini. Saya dah cukup terluka. Kepercayaan penuh yang diletakkan pada Si Dia yang dihancurkan dengan begitu sahaja tanpa sebarang alasan, perempuan mana yang boleh terima. Tapi saya tak salahkan dia, mungkin dia tak dapat terima kekurangan saya. Kata orang, terima orang yang sayangkan kita sebab dia akan jaga kita dengan lebih baik. Ya, mungkin betul. Dah lah, saya malas sangat nak fikir pasal benda-benda ni buat sementara waktu. Saya harap sesiapa yang terluka akibat hubungan yang terjalin antara saya dengan Si Dia dulu bahagia. Kini, saya bahagia sendiri, hidup bersama hanya keluarga dan rakan. Moga kalian semua dirahmati Allah dan bahagia dunia akhirat. Amin. Off to sahur right now. Wassalam~

No comments:

Post a Comment