Saturday 3 December 2011

Luahan Hati Saat Ini. .

Sedikit lega saat ini setelaf menelefon ibu dan menangis. . .
Walaupun aku tidak meluahkan perkara sebenar, itu sudah mencukupi. .
Teasa amat ingin memeluk ibu saat ini, tapi apakan daya, jarak menjadi penghalang . .
Kata-kata dari ibu sahaja sudah cukup untuk membina semula semangat aku yang kian hilang kebelakangan ini. .
Entah kenapa, diri ini terasa amat terhina dan diperkecilkan dua tiga hari ni. .
Ya Allah, adakah aku telah menyakiti hati orang lain. .?
Soalan ini ku ajukan semula kepada diri sendiri saat aku disakiti. .
Ya, aku berlagak tabah d hadapan mereka semua . .
Wajahku terukir dengan senyuman walaupun hati dan jasadku sedang dilukai / terluka. .
Tapi tidak bila diri ini bersendiri. .
Air mata mula meronta-ronta untuk mengalir membasahi pipi yang sudah lama kering dengan tangisan. .
Rontaan itu tidak dapat lagi untukku cegah kerana tiada lagi alasan seperti "aku akan diejek" saat ini, kerna, aku sendirian. .
Duhai hati, akan ku jahit kembali luka-lukamu. .
Duhai air mata, telah ku hapus dikau dengan tangan lemahku; bertahanlah selagi kau mampu. .
Duhai diriku, sabar dan tabahlah dikau menghadapi hidup ini. .
Ingatlah, doa ibuku sentiasa mengiringiku. .
Ibu berkata, "janganlah kau bersedih kerana itu akan membuat ibu turut bersedih. Tapi, jalanilah hidupmu dengan kegembiraan jika kau mahu ibu turut gembira."
Ibu, akan ku ingat kata-katamu itu. . !
Aku minta maaf kepada semua yang mengenali diri ini jika aku tidak dapat menjadi yang terbaik untuk kamu..
Aku hanyalah aku. .
Sekian. . . .

2 comments:

  1. ada masanye kita perlu menangis,be a strong girl!

    love,
    Cuada Shah

    ReplyDelete
  2. yup!
    amat setuju. .
    Thanks for the support. .
    ^_^

    ReplyDelete