Sunday 29 January 2012

Biar mimpi Sampai Ke Bintang. .



Yeah~!!
Aku baru je habis tengok cerita tu tadi. .
Thanks to Syira Shahira for the movie. .
Kalau tak sebab dia, tak dapat lah aku tengok cerita yang menyentuh hati aku ini. .
**penggunaan personifikasi di situ ya**
Ya. .
Cerita ini hampir buat aku menangis sebenarnya. .
Kerana. . . .
Aku turut teringat peristiwa yang menyebabkan aku menangis saat heroin dalam cerita ini juga menangis. .

Ingin ku jadikan kau bintang hatiku. .
Dan langit cerah yang menemanimu. .
Agar tanah ku berpijak tetap kukuh menem
ani. .

Ayat di atas merupakan salah satu status update aku di FB setelah menonton cerita ni. .
Sejujurnya, aku teringat kat seseorang pada saat ini. .
Tapi apakan daya, dia tidak lagi berada di sisiku. .
Niat hati berkenaan dengan dia aku tolak keras-keras sebab aku nak kejar impian aku, nak banggakan kedua-dua ibu bapa aku, dan aku tak nak bersedih lagi. .
Jadi, untuk saat ini, biarlah ibu dan ayahku bintang hatiku. .
Adik beradikku dan ahli keluarga lain sebagai langit yang sentiasa cerah. .
Serta rakan-rakanku sebagai tanah yang kukuh menemani ku saat aku berpijak mendongak ke bintang dan langit. .
Dalam maksudnya ni. .
Kalau orang yang berfikiran cetek, dia mungkin akan tersalah faham dengan maksud yang aku cuba sampaikan. .
Tapi tak mengapa, aku yakin ada yang mengerti. .
=)
Oleh itu, biarlah mimpi ku kekal bersama bintang. .
Dan aku berharap. . . .
Bintang itu tidak aku rosakkan. .
Langit tidak mendung disebabkan aku. .
Serta tanah tidak kan retak kerana aku. . .
Cukuplah coretan hati disebabkan cerita berhenti di sini. .
Sampai jumpa lagi. . .
>_^
Assalamualaikum. . . .

No comments:

Post a Comment