Wednesday 25 January 2012

Konflik Dalaman. . .

Assalamualaikum. .
Hai. .
Ye, aku sedang berhadapan dengan satu konflik. .
Konflik yang tidak melibatkan orang lain melainkan diriku sendiri. .
Satu KONFLIK DALAMAN . .
Sebuah konflik berkaitan agama. .
Aku sentiasa berhadapan dengan konflik ni tanpa mengira masa. .
Aku kerap kali teringin berubah menjadi seorang muslimah yang lebih baik, yang dipandang mulia. .
Tapi kenapa aku masih tak berubah walaupun kesedaran itu telah wujud dalam diri ini. .
Kenapa??
Mengapa??
Mungkinkah kerana syaitan yang menjadi penghalang. .?
Atau kerana hati dan mindaku masih tidak bersedia. .?
Aku tahu aku lemah. .
Iman ku tidak cukup mantap lagi. .
Kekadang hatiku meronta ingin berubah tetapi jasadku kaku begitu sahaja. .
aku terduduk, terdiam. .
Bingung seketika. .
Mengapa begini. .? ?
Ya Allah, kau sinarkanlah hati hambaMu yang hina ini dengan hidayahMu agar mudah perjalanan hidupnya. .
Wanita. . . .
Seorang Muslimah. .
Muslimah yang mukmin. .
Aku yakin itu pastinya menjadi dambaan setiap wanita beragama di luar sana. .
Siapa sahaja yang tidak mahu menjadi seorang Muslimah sejati yang solehah dan mukmin. .?
Bukankah itu merupakan satu pakej lengkap bagi peribadi seorang wanita. .?
Tapi aku masih jauh dari tahap itu. .
Jalanku masih panjang. .
Akanku tapak perlahan-lahan hingga capai ke destinasi impian. .
Jangan Kau putuskan harapan dan semangat hambaMu ini Ya Allah. .
Aku mengaku, sesungghnya aku cemburu pada mereka yang kuat peribadinya. .
Aku cemburu pada ciptaanMu Ya Allah. . . . . .
Semoga aku menjadi salah seorang seperti mereka yang kuat iman nya terhadapMu. .
Insya-Allah. . .
**Moga aku menjadi wanita solehah**

**Moga peribadiku juga sempurna pada pandanganMu**

No comments:

Post a Comment