Thursday 12 January 2012

~ Masih Tersenyum ~

Alhamdulillah. . 
Senyuman masih lagi terukir di bibir ini. . 
Ini semua berkat dari rezeki Mu Ya Allah. .
Hambamu yang hina ini seringkali mendapat kurniaan darimu. .
Keputusan MUET ku memenuhi syarat kelayakan untuk menyambung bidang ini. .
Telah kukhabarkan hal ini kepada kedua-dua orang tua ku. .
Sungguh pun mereka tidak berapa mengerti apa kah taraf sebenar peperiksaan itu, kejayaan yang ku hadiahkan sudah cukup. .
Cukuplah mereka mengetahui bahawa anak mereka ini tidak menghampakan harapan mereka. .
Tidak mensia-siakan segala usaha keras mereka selama ini. .
Sudah menjadi kemestian bagiku untuk menetapkan nazar pada setiap keputusan yang aku perolehi, dari SPM , Final Exam dan yang terkini MUET. .
Allah seolah-olah memberikan petanda kepadaku. .
Nazar aku selalu harus ditunaikan. .
Doa ku sentiasa terjawab. .
Ya Allah, hambaMu berharap bahawa ini ialah cahaya petunjuk dan hidayah daripadamu. .
Cahaya yang akan mengubah hambamu ini menjadi seorang muslim yang mukmin. .
Insya-Allah aku akan berubah sedikit demi sedikit. .
Dan alhamdulillah, aku bersyukur kerana di kelilingi oleh orang-orang yang baik dan beragama sekaligus yang dapat membimbingku ke jalanMu , Ya Allah. .
Kini aku sedari. . .
Mungkin ada hikmahnya mengapa aku tiada teman lelaki. .
Supaya aku boleh menghabiskan lebih banyak masa bersama kelurga, teman-teman dan yang paling penting. .
Aku tidak akan lalai mengerjakan ibadat kepada-Nya. .
Sehingga kita berjumpa lagi. .
Wallahualam. . . .~

No comments:

Post a Comment